BERITA TERKINI   PRN Johor: Sebarang keputusan esok tidak akan jejas kerjasama di peringkat Kerajaan Persekutuan - TPM Ahmad Zahid | 81 pegawai Imigresen dikenakan tindakan tatatertib, 14 dibuang kerja tahun ini kerana rasuah dan salah guna kuasa - KP Imigresen | Menteri Komunikasi Fahmi akan dikurniakan DPPN Pulau Pinang dengan gelaran Datuk Seri, esok - Pengerusi Majlis Rasmi Kerajaan Negeri | 

Unit Advancecon Peroleh Projek Taps Pusat Data Bernilai RM121.66 Juta Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Advancecon Holding Bhd, Advancecon Infra Sdn Bhd (AISB) memperoleh subkontrak bagi kemudahan takungan air pinggiran sungai (TAPS) pusat data di Port Dickson, Negeri Sembilan, bernilai RM121.66 juta.

Menurut syarikat pembinaan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AISB menerima surat lantikan daripada kontraktor utama projek, yang melantik anak syarikatnya untuk melaksanakan pembinaan dan penyiapan kerja tanah serta kerja lain yang berkaitan dengan TAPS. 

TAPS adalah sebahagian daripada cadangan pembangunan skim bekalan air dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 65 juta liter sehari bagi memenuhi keperluan pusat data tersebut. 

Ad Banner

Sementara itu, AISB terutamanya terlibat dalam perniagaan menyediakan perkhidmatan kerja tanah, kejuruteraan awam serta jualan bahan binaan. 

“Subkontrak dijangka siap dalam tempoh 30 bulan dari tarikh arahan bertulis untuk memulakan kerja-kerja fizikal dan mobilisasi,” katanya. 

Menurut Advancecon lagi, tertakluk kepada keadaan yang tidak dijangka, subkontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh kontrak tersebut.  

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Tambahnya, projek itu juga tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham kumpulan atau pegangan saham pemegang saham terbesar dan ia akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luaran. 

-- BERNAMA