BERITA TERKINI   Jerebu: Semua sekolah bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Lubok Antu ditutup esok - Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak | Beberapa kawasan kekal berisiko alami jerebu dengan jarak penglihatan terhad pada 27 hingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Sambutan Hari Kebangsaan: Kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Putrajaya sehingga 31 Ogos - KP MetMalaysia | Banjir Nepal : Wisma Putra gesa orang awam henti spekulasi, kongsi maklumat tidak sahih | Majlis Amanat Perdana akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9.30 malam, 30 Ogos ini - Jawatankuasa Kerja Sambutan HKHM | 

Harga Emas Jangka Pendek Dijangka Antara US$3,800-US$4,200 Setiap Auns Troy - Go Capital 

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Harga emas dijangka bergerak dalam lingkungan US$3,800 hingga US$4,200 setiap auns troy (US$1 = RM4.071) berikutan tekanan harga minyak mentah dan inflasi, kata Pengurus Besar syarikat logam berharga Go Capital Growth Sdn Bhd Hong Kok Wah.

Beliau berkata dalam nilai ringgit, harga emas dijangka berada dalam julat RM450 hingga RM520 bagi setiap gram.

Menurutnya pasaran kini menjangka Amerika Syarikat (AS) mungkin menaikkan kadar faedah tahun ini untuk membendung inflasi susulan kenaikan harga minyak yang sejak kebelakangan ini turut memberi tekanan kepada harga logam berharga.

Ad Banner

“AS dijangka menaikkan kadar faedah tahun ini berikutan inflasi.

“Sekiranya kadar faedah dinaikkan, harga emas dijangka kekal pada paras lebih rendah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pos ArRahnu Gold-i oleh Pos Malaysia Bhd di sini hari ini.

Hong berkata harga emas berpotensi untuk meningkat tahun depan sekiranya prestasi ekonomi lebih lemah berbanding jangkaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Apabila Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah, langkah ini akan memberi tekanan kepada ekonomi. Dalam tempoh itu, prestasi ekonomi mungkin lebih lemah sekali gus menyokong peningkatan harga emas,” katanya.

Harga jongkong emas susut sehingga 1.4 peratus kepada sekitar US$4,060 setiap auns troy pada Isnin berbanding ketika ditutup pada Jumaat, menyamai keseluruhan penurunan yang dicatatkan minggu lepas dari segi peratusan.

Ketika berita ini ditulis, harga emas semerta susut 1.11 peratus kepada US$4,068.20 setiap auns troy.

-- BERNAMA