BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

Empat Firma Malaysia Terima Kelulusan Teknologi Six Arm - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Token akses atau kelulusan teknologi “six arm” ditawarkan kepada empat syarikat Malaysia, meliputi tiga akses “Arm Compute Subsystems” dan tiga lesen “Arm Flexible Access” setakat hari ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata kerjasama itu bertujuan melatih 10,000 profesional semikonduktor selama empat tahun, dengan 1,530 peserta telah menjalani latihan mengikut inisiatif tersebut sehingga 3 Julai tahun ini.

“Kerjasama strategik Malaysia-Arm menandakan langkah penting bagi memperkukuh keupayaan Malaysia dalam harta intelek, reka bentuk cip dan teknologi berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Ad Banner

“Melalui usaha menyediakan akses kepada platform protokol internet (IP) dan pengkomputeran yang terbukti.

“Inisiatif ini akan membantu syarikat Malaysia memendekkan tempoh masa pembangunan, mengurangkan risiko penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta bergerak lebih pantas ke arah merealisasikan produk semikonduktor komersial,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Simposium E&E The Edge-HSBC 2026: Anjakan Rantaian Nilai di sini, hari ini.

Teknologi “six arm” atau lebih dikenali sebagai lengan robot enam paksi merujuk kepada sistem automasi dengan enam darjah kebebasan (enam paksi) yang direka untuk meniru pergerakan dan fleksibiliti lengan manusia.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Teknologi itu merupakan standard industri untuk tugas kompleks yang memerlukan ketepatan tinggi.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia untuk memanfaatkan peluang tersebut, memanfaatkan teknologi yang ada dan membangunkan produk yang boleh bersaing dalam pasaran serantau dan global.

Akmal Nasrullah berkata akses teknologi akhirnya perlu membawa kepada pemilikan teknologi.

“Begitulah cara Malaysia boleh bergerak, melangkaui sebagai pangkalan pembuatan yang dipercayai untuk menjadi rakan inovasi yang dipercayai, dengan lebih banyak produk dan syarikat yang benar-benar Buatan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata Malaysia akan beralih daripada kapasiti kepada keupayaan, daripada penyertaan kepada kepimpinan, daripada tarikan pelaburan kepada penciptaan nilai, dan akhirnya daripada Dibuat di Malaysia kepada Buatan Malaysia.

“Kejayaan tidak boleh diukur hanya dengan melalui kelulusan pelaburan atau pembukaan kilang sebaliknya diukur melalui produk yang dikomersialkan, paten yang diwujudkan, pekerjaan berkemahiran tinggi yang dijana, pembekal tempatan yang diperkukuh dan syarikat Malaysia yang boleh bersaing pada peringkat global.

“Jika Malaysia berjaya melakukannya, kita bukan sahaja akan kekal sebagai nod yang dipercayai malah juga akan lebih maju dalam rantaian bekalan semikonduktor global,” katanya.

-- BERNAMA