BERITA TERKINI   ‘Raikan Perpaduan’ tema utama, TUAH maskot rasmi Sukan SEA dan Para ASEAN 2027 - Sekretariat MASOC 2027 | Kad UNHCR tidak beri imuniti daripada undang-undang Malaysia - Akmal Nasrullah | Kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan, sasaran 4.0 hingga 5.0 peratus mampu dicapai - Akmal Nasrullah | 118,908 pesawah peroleh Insentif Pembajakan Kepada Pesawah dengan peruntukan RM45.98 juta hingga 12 Julai - Akmal Nasrullah | Harga Beras Putih Tempatan kekal, stok penimbal beras mampu tampung keperluan domestik untuk tempoh enam bulan - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari Isnin, mencerminkan penurunan harga emas di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 2026 jatuh kepada US$4,078.60 setiap auns troy daripada US$4,109.30 yang dicatatkan pada Jumaat lepas, Ogos 2026 susut kepada US$4,099.20 setiap auns troy daripada US$4,129.90 dan September 2026 turun kepada US$4,11.20 daripada  US$4,141.70.

Sementara itu, kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 kedua-duanya merosot kepada US$4,142.70 setiap auns daripada US$4,172.20.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 59 lot berbanding 25 lot sebelum ini, manakala kepentingan terbuka naik kepada 136 kontrak daripada 105 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari 10 Julai di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,099.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner