Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatif mengakhiri dagangan dengan lebih meningkat pada Isnin.
Kontrak bulan semasa Julai 2026 menokok enam sen kepada 1,705.50, Ogos 2026 naik 5.5 mata kepada 1,706.5, September 2026 dan Disember 2026 masing-masing menambah 4.5 mata kepada 1,685.5 dan 1,687.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 8,070 lot daripada 7,785 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 43,262 kontrak daripada 40,493 sebelum ini.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 6.95 mata atau 0.41 peratus kepada 1,698.44 daripada 1,691.49 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA