BERITA TERKINI   PM umum sumbangan RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 | 

Sin-Kung Logistics, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong Meterai MoU Bagi Pacu Kesalinghubungan

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Sin-Kung Logistics Bhd (SKL) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AAHK) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan kesalinghubungan udara dan kargo.

AAHK ialah badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap operasi dan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong. 

Menurut SKL dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kerjasama itu bertujuan memperkukuhkan kerjasama untuk meningkatkan kesalinghubungan udara dan kargo di seluruh Asia Tenggara, Hong Kong serta sekitarnya. 

Ad Banner

“Semua pihak akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk membangunkan pelbagai kaedah penyelesaian dan inisiatif bagi memperluaskan kawasan pasaran dan mungkin meneroka peluang jangka panjang dalam usaha memperkasa operasi serta meningkatkan kecekapan menerusi pendigitalan,” katanya. 

Tambah SKL MoU itu berkuat kuasa dari tarikh pelaksanaannya dan sah selama dua tahun melainkan ditamatkan lebih awal oleh mana-mana pihak dengan memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya 30 hari kepada pihak yang satu lagi. 

Jelasnya, MoU itu juga menyediakan asas kepada syarikat tersebut dan AAHK untuk mewujudkan persefahaman bersama mengenai strategi dan keperluan perniagaan masing-masing.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, ia turut memupuk persefahaman yang lebih meluas mengenai manfaat dan peluang yang timbul hasil kerjasama tersebut, sambil memanfaatkan kepakaran dan keupayaan masing-masing. 

“MoU ini tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa berkaitan yang lain, dan tidak bergantung kepada sebarang pelaksanaan korporat lain yang dijalankan oleh syarikat,” tambahnya.

-- BERNAMA