BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026 | Malaysia tidak akan berkompromi dan akan mengusir mana-mana rakyat Israel yang dikesan memasuki negara ini - PM Anwar | 

PTL Properties Buka Galeri Jualan The Rimbun Di Bukit Mertajam

BUKIT MERTAJAM, 15 Julai (Bernama) -- Pemaju hartanah berpangkalan di Pulau Pinang, PTL Properties Sdn Bhd secara rasmi membuka galeri jualan The Rimbun, pembangunan strata rumah bandar mampu milik terbaru di Bukit Mertajam.

The Rimbun merupakan pembangunan kediaman pegangan bebas, berpagar dan terkawal di bawah Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang, yang direka untuk menyediakan persekitaran selamat, selesa dan terhubung dengan baik kepada penghuni.

Pembangunan itu meliputi 664 unit rumah bandar dengan harga jualan indikatif RM400,000, menurut PTL Properties dalam kenyataan.

Ad Banner

“Pembeli rumah boleh memilih daripada dua reka letak yang praktikal dengan keluasan binaan kira-kira 981 kaki persegi dan 1,250 kaki persegi. Setiap unit mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, menjadikan rumah ini sesuai untuk individu, pasangan muda dan keluarga yang semakin besar,” jelasnya.

Menurut PTL Properties pembangunan tersebut turut merangkumi rumah kelab yang mengetengahkan pelbagai kemudahan rekreasi dan komuniti termasuk dewan komuniti, kolam renang, gimnasium dalaman dan luaran, ruang barbeku serta ruang bersama lain yang direka untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan terhubung.

Syarikat itu juga memaklumkan kebanyakan unit direka bentuk dengan orientasi utara-selatan, manakala pembangunan itu juga menyediakan pengawasan kamera litar tertutup dijana kecerdasan buatan (AI), kesediaan tempat pengecasan kenderaan elektrik dan sistem penapisan air berpusat yang dibekalkan oleh Bacfree.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“The Rimbun mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan rumah berkualiti dan mampu milik yang menggabungkan rekaan yang praktikal, kemudahan moden, kemudahan komuniti dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan,” tambahnya.

Bagi menandakan pembukaan galeri jualan, pemaju menganjurkan acara pelancaran yang dihadiri lebih 1,000 pengunjung.

Program itu menampilkan majlis pemotongan reben, persembahan tarian singa, reruai permainan, reruai Aistru Coffee serta kelapa segar secara percuma.

Pengunjung juga berpeluang mendekati dua ekor alpaka, sementara pempengaruh iaitu Sai, Bernice, Vikram, dan Zomic beramah mesra dengan tetamu.

Program itu turut menampilkan acara bual bicara yang dikendalikan oleh BBK Lucas dan Kah Mun.

Bacfree juga menyediakan reruai pameran untuk memperkenalkan konsep, ciri dan manfaat sistem penapisan air berpusat pembangunan tersebut kepada pengunjung.

Pembeli yang menempah unit semasa acara pelancaran layak menyertai cabutan bertuah yang menampilkan hadiah bernilai sehingga RM30,000.

Layari laman web www.ptlproperties.com.my atau Galeri Jualan The Rimbun untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-- BERNAMA