BERITA TERKINI   Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan kekal hingga PRU 16 - PM Anwar | Kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat - PM Anwar | 

Unit Tafi Raih Kontrak Pembinaan RM135 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) – TAFI Home & Office Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TAFI Industries Bhd, telah menerima surat penganugerahan atau lantikan daripada Armani KPF2 Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja pembangunan komersial bercampur di Setia Alam, Selangor.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TAFI memaklumkan kontrak bernilai RM135 juta itu melibatkan kerja-kerja pembinaan, menyiapkan serta penyelenggaraan bangunan utama dan kerja-kerja berkaitan.

Ini merangkumi kerja struktur dan seni bina bagi cadangan pembangunan komersial bercampur setinggi 37 tingkat di Jalan Setia Dagang AG U13/AG, Setia Alam.

Ad Banner

Menurut TAFI, skop kerja itu meliputi aspek pembekalan tenaga kerja, bahan, peralatan, kelengkapan dan jentera bagi pembangunan sebanyak 498 unit apartmen servis atau perkhidmatan, 500 unit SOHO (perkongsian ruang pejabat dan kediaman), 17 unit pejabat kedai, 352 unit ruang runcit, kemudahan tempat letak kereta, surau, dewan serbaguna, dewan acara, pejabat serta pondok pengawal.

Kontrak dengan tempoh pembinaan selama 42 bulan, bermula pada 21 Julai, 2026 dan akaun akhir perlu disiapkan dalam masa 15 bulan dari tarikh Sijil Perakuan Siap Kerja.

Selain itu, TAFI memaklumkan kontrak berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset ketara bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2027 hingga 30 Jun 2030.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA