BERITA TERKINI   Jerebu: SDMC pantau situasi sebelum kemuka sebarang cadangan tindakan kepada PM mengenai status darurat Serian - Uggah | Tempat kerja sektor awam, swasta dan lain-lain di Serian mungkin terus beroperasi, mesti patuhi langkah berjaga-jaga kesihatan - Uggah | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Didagangkan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai.

Pengarah Strategi Pelaburan dan ahli ekonomi negara IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata pasaran dijangka disokong oleh asas domestik berdaya tahan dan sentimen serantau yang semakin baik.

Ad Banner

“Data perdagangan China pada Selasa akan diteliti untuk pengesahan bahawa permintaan luaran kekal kukuh, dengan angka yang lebih kukuh daripada jangkaan dijangka memberi manfaat kepada Malaysia memandangkan hubungan perdagangan dan pembuatan yang erat dengan China.

“Sementara itu, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan Malaysia kekal melebihi ambang pengembangan 50 mata, manakala data Perkhidmatan Institut untuk Pengurusan Bekalan (ISM) AS yang lebih kukuh untuk Ogos menunjukkan momentum berterusan dalam aktiviti dan permintaan global,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang berakhir hari ini, niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak September 2026 susut 14 mata kepada 1,686.0, bulan baharu Oktober 2026 pada 1,685.0, Disember 2026 merosot 15 mata kepada 1,690.5, dan Mac 2027 menguncup 14 mata kepada 1,674.5.

Jumlah dagangan mingguan berkurangan kepada 39,901 lot daripada 219,976 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 43,322 kontrak daripada 54,810 kontrak sebelumnya.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI turun 17.78 mata kepada 1,708.10 daripada 1,725.88 dicatatkan minggu lepas.

-- BERNAMA