BERITA TERKINI   KDN serah urusan berkaitan kedudukan Ketua Pengarah AKPS kepada KSU KDN dan KSN – Saifuddin Nasution | JPN keluarkan 275,785 MyKad generasi baharu setakat 20 Okt , Johor tertinggi sebanyak 31,392 kad - Saifuddin Nasution | Generasi tahfiz perlu kuasai, cipta teknologi masa depan - TPM Ahmad Zahid | Pendidikan tahfiz perlu lahirkan ilmuwan, pemimpin masa depan – Ahmad Zahid | Adinda Sultan Terengganu,Tengku Baderul Zaman mangkat pada 1.20 pagi tadi di Kuala Lumpur - Dato’ Pengelola Bijaya Diraja | 

Ringgit Ditutup Mendatar Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai prestasi ekonomi China yang lemah dan ketegangan geopolitik baharu mengimbangi impak data inflasi AS yang lebih rendah daripada jangkaan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan dicatatkan pada 4.0760/0805 berbanding dolar AS daripada 4.0760/0800 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun bacaan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dikeluarkan semalaman adalah lebih rendah daripada jangkaan, tumpuan pasaran dilihat beralih kepada pertumbuhan ekonomi China yang lembap.

Ekonomi China berkembang sebanyak 4.3 peratus pada suku kedua 2026, lebih rendah daripada 5.0 peratus pada suku pertama, mendorong dagangan ringgit diniagakan secara berhati-hati sepanjang hari.

“Sementara itu, gencatan senjata di Asia Barat dilihat tidak stabil berikutan ancaman Presiden AS Donald Trump untuk melancarkan serangan pengeboman ke atas Iran jika negara itu tidak menghentikan serangan terhadap kapal yang melalui Selat Hormuz,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada sesi penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding pound kepada 5.4578/4638 daripada 5.4533/4586 semasa ditutup pada Selasa dan menurun berbanding euro kepada 4.6536/6587 daripada 4.6470/6516 sebelum ini.

Bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5103/5132 daripada 2.5131/5157 semalam.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang serantau.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.1546/1583 daripada 3.1533/1567 semasa ditutup semalam, menurun berbanding rupiah Indonesia kepada 225.5/225.9 daripada 225.3/225.6 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 6.61/6.62 daripada 6.60/6.61 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1198/1371 daripada 12.1556/1722 sebelum ini.

-- BERNAMA