BERITA TERKINI   Empat lagi lapangan terbang Indonesia ditutup sementara kerana abu gunung berapi merebak, penutupan Soekarno-Hatta dilanjutkan - Kementerian Pengangkutan | Lebih 600 anak Orang Asli lanjut pengajian di universiti dan kolej seluruh negara, bukti kerajaan pentingkan pendidikan - TPM Ahmad Zahid | Operasi pembenihan awan di Sarawak diteruskan ikut nasihat MetMalaysia - TPM Ahmad Zahid | Perwakilan wanita dalam Parlimen masih terlalu rendah - Teo | Wanita DAP cadang dana insentif, undang-undang kesamarataan jantina untuk tingkat penyertaan wanita dalam politik - Teo | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Pada 9.30 pagi, kontrak Julai 2026 menurun setengah mata kepada 1,727, Ogos 2026 berkurangan 1.5 mata kepada 1,727, September 2026 merosot satu mata kepada 1,707 dan Disember 2026 menyusut dua mata kepada 1,707.

Jumlah dagangan sebanyak 1,601 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,000 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.50 pagi, FBM KLCI meningkat 4.41 mata kepada 1,726.60 daripada 1,722.19 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner