BERITA TERKINI   Manifesto PH Negeri Sembilan mampu dilaksana, bukan sekadar janji politik - Aminuddin | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Menurun Minggu Depan Susulan Ketidaktentuan Harga Tenaga

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan ketidaktentuan harga tenaga.

Peniaga Proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata sentimen pasaran terjejas apabila pelabur terus memantau perkembangan yang berlaku dalam pasaran tenaga, yang mempengaruhi harga minyak boleh dimakan.

Ad Banner

Beliau berkata pengeluaran yang dijangka meningkat dan paras stok dalam beberapa minggu akan datang turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami menjangkakan harga berada dalam julat antara RM4,500 hingga RM4,650 satu tan minggu depan,” kata Ng kepada Bernama.

Sementara itu, Peniaga Kanan Minyak Sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata pasaran MSM dijangka tidak menentu minggu depan seiring dengan pergerakan harga minyak mentah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Julat dagangan untuk MSM dijangka berada antara RM4,200 hingga RM4,300 satu tan minggu depan,” katanya.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent meningkat 2.28 peratus kepada US$86.15 setong.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2026 meningkat RM53 kepada RM4,529 satu tan, September 2026 menambah RM52 kepada RM4,565 satu tan, manakala kontrak Oktober 2026 menokok RM50 kepada RM4,597 satu tan.

Kontrak November 2026 melonjak RM48 kepada RM4,630 satu tan, Disember 2026 meningkat RM51 kepada RM4,663 satu tan, manakala Januari 2027 berada pada RM4,697 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan bagaimanapun susut kepada 402,028 lot daripada 431,847 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 286,716 kontrak daripada 286,062 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan meningkat RM50 kepada RM4,540 satu tan.

-- BERNAMA