BERITA TERKINI   OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap - KP SPRM | SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta - KP SPRM | Kerajaan akan terus pantau perkembangan jerebu dari semasa ke semasa - PMO | Darurat Serian: Keputusan dibuat mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Premier Sarawak serta agensi berkaitan - PMO | Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak - PMO | 
Ad Banner

IPO Butterfield FB Terlebih Langgan 18.67 Kali Menjelang Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Butterfield FB Bhd (BFB) telah terlebih langganan sebanyak 18.67 kali ganda oleh rakyat Malaysia, menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 15 September, 2026.

Pelaksanaan IPO BFB merangkumi terbitan awam sebanyak 150.0 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM0.48 sesaham, ia mewakili 18.8 peratus daripada modal saham yang diperbesar, dengan jangkaan jumlah sebanyak RM72 juta dikumpul daripada terbitan awam tersebut.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar serbuk ekstrak kopi dan teh itu memaklumkan bahawa ia menerima sejumlah 12,670 permohonan untuk 786.67 juta saham baharu, bernilai RM377.60 juta, bagi 40 juta saham baharu diperuntukkan kepada rakyat Malaysia.

Ad Banner

“Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 7,773 permohonan untuk 439,612,700 saham baharu telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 20.98 kali.

“Bagi bahagian awam pula, sejumlah 4,897 permohonan untuk 347.06 juta saham baharu telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 16.35 kali, menurut kenyataan itu.

Menurutu BFB, 16 juta saham baharu yang terbuka untuk permohonan oleh individu yang layak itu telah dilanggan sepenuhnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, 100 juta saham merangkumi 94 juta saham terbitan dan enam juta saham tawaran yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut dilanggan sepenuhnya.

“Sebanyak 66 juta saham baharu tersedia menerusi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah dilanggan sepenuhnya,” menurut BFB.

BFB mengumumkan sebelum ini bahawa RM15.2 juta daripada hasil tersebut akan digunakan untuk memperluaskan ibu pejabat kumpulan itu di Bukit Minyak, Pulau Pinang.

Ia menyatakan bahawa RM37.8 juta akan diperuntukkan untuk modal pusingan, RM13 juta akan digunakan untuk meneruskan pelaburan strategik, penggabungan dan atau peluang pengambilalihan dalam syarikat dan atau pengeluar yang merupakan pemilik jenama bagi campuran kopi dan teh segera, manakala RM6 juta akan digunakan untuk menampung anggaran perbelanjaan penyenaraian.

M&A Securities Sdn Bhd bertindak sebagai penasihat, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk pelaksanaan IPO tersebut.

-- BERNAMA