BERITA TERKINI   OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap - KP SPRM | SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta - KP SPRM | Kerajaan akan terus pantau perkembangan jerebu dari semasa ke semasa - PMO | Darurat Serian: Keputusan dibuat mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Premier Sarawak serta agensi berkaitan - PMO | Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak - PMO | 
Ad Banner

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada hari terakhir dagangan minggu ini, terjejas oleh penurunan di kaunter perladangan apabila para pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor tersebut baru-baru ini.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.03 mata kepada 1,708.10 daripada paras penutup 1,715.13 pada Khamis.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 1.39 mata kepada 1,713.74 dan bergerak turun naik antara paras 1,704.86 dan 1,715.20 sepanjang hari dagangan.

Keseluruhan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 568 berbanding 523, manakala 596 kaunter tidak berubah, 1,085 tidak diniagakan dan 19 digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.33 bilion unit bernilai RM2.98 bilion daripada 3.90 bilion unit bernilai RM3.21 bilion pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengarah strategi pelaburan dan ahli ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup lebih rendah berikutan penurunan dalam sektor perladangan apabila pelabur mengambil keuntungan susulan prestasi kukuh sektor itu baru-baru ini.

"Penurunan harga itu telah dijangkakan dan mencerminkan gabungan pengambilan untung dan penyatuan penilaian dan bukannya kemerosotan dalam prospek minyak sawit mentah (MSM).

"Niaga hadapan MSM November kekal kukuh sekitar RM4,897 satu tan, meningkat kira-kira 22 peratus setakat ini pada tahun ini, menyediakan sokongan kepada syarikat perladangan," katanya.

Mohd Sedek berkata kelemahan itu sejajar dengan penilaian selepas prestasi kukuh, dengan asas komoditi pendasar terus menyokong pendapatan perladangan.

Sementara itu, naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan terus mengambil pendekatan berhati-hati kerana ketidakpastian geopolitik yang berterusan dan harga komoditi yang tinggi berkemungkinan akan menyebabkan pelabur cenderung melakukan pembelian terpilih.

"Asas ekonomi yang kukuh dan aktiviti pembelian saham berharga rendah sepatutnya membantu mengurangkan penurunan, walaupun penjualan asing yang berterusan mungkin mengehadkan pemulihan," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank susut dua sen masing-masing kepada RM10.56 dan RM4.98, Tenaga Nasional turun enam sen kepada RM13.62, manakala CIMB Group menambah satu sen kepada RM8.00 dan IHH Healthcare susut empat sen kepada RM7.95.

Dalam kalangan saham paling aktif, Zetrix AI meningkat 1.5 sen kepada 25.5 sen, Cuscapi susut setengah sen kepada 4.5 sen, Salutica naik empat sen kepada 15.5 sen, Ingenieur Gudang tidak berubah pada 4.5 sen, manakala Notion Vtec melonjak 17 sen kepada 68.5 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Fraser & Neave Holdings meningkat 38 sen kepada RM24.76, Nestle menambah 36 sen kepada RM94.84, Critical Holdings melonjak 17 sen kepada RM2.04, dan Vitrox Corporation meningkat 16 sen kepada RM9.16.

Dalam kalangan  saham paling rugi, United Plantations turun 96 sen kepada RM32.06, Petronas Gas berkurangan 36 sen kepada RM17.26, manakala Petronas Dagangan, LPI Capital dan Hong Leong Bank susut 22 sen masing-masing  kepada RM20.16, RM13.22 dan RM23.66.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 29.81 mata kepada 5,217.47, manakala Indeks FBM Emas merosot 57.89 mata kepada 12,625.45, Indeks FBMT 100 turun 62.18 mata kepada 12,429.26, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 81.87 mata kepada 12,360.70 dan Indeks FBM 70 menyusut 136.08 mata kepada 17,769.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 45.34 mata kepada 20,161.49, Indeks Perladangan turun 156.10 mata kepada 9,337.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.20 mata kepada 186.96, dan Indeks Tenaga berkurangan 4.41 mata kepada 805.62.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.05 bilion unit bernilai RM2.69 bilion daripada 2.39 bilion unit bernilai RM2.88 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 856.32 juta unit bernilai RM132.80 juta daripada 995.66 juta unit bernilai RM132.91 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 426.28 juta unit bernilai RM157.20 juta daripada 515.65 juta unit bernilai RM199.58 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 327.77 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (314.16 juta), pembinaan (79.99 juta), teknologi (1.83 bilion), perkhidmatan kewangan (79.25 juta), hartanah (117.67 juta), perladangan (50.19 juta), amanah pelaburan hartanah (13.85 juta), dana tertutup (151,400), tenaga (91.79 juta), penjagaan kesihatan (48.02 juta), telekomunikasi dan media (16.51 juta), pengangkutan dan logistik (35.80 juta), utiliti (50.79 juta), dan amanah perniagaan (23,200).

-- BERNAMA