BERITA TERKINI   OKS dibenarkan memakai pakaian biasa ketika dibawa ke mahkamah, pemakaian baju lokap hanya terpakai sepanjang tempoh OKS berada dalam tahanan di lokap - KP SPRM | SPRM menggantung pemakaian baju oren bagi OKS yang dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman, berkuat kuasa serta-merta - KP SPRM | Kerajaan akan terus pantau perkembangan jerebu dari semasa ke semasa - PMO | Darurat Serian: Keputusan dibuat mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Premier Sarawak serta agensi berkaitan - PMO | Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar darurat di seluruh bahagian Serian, Sarawak - PMO | 
Ad Banner

Shin Yang Beli Tanah Di Kuching, Sarawak Pada Harga RM34 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Shin Yang Group Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Forescom Plywood Sdn Bhd untuk membeli sebidang tanah seluas 8.32 hektar di Pending Industrial Estate, Kuching, Sarawak, pada harga RM34 juta.

Tanah berkenaan turut menempatkan sebuah bangunan pejabat setingkat, kuarters pekerja separa konkrit dua tingkat, kedai/kuarters pekerja dua tingkat, bangunan bengkel setingkat serta beberapa bangunan lain.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata pembelian tanah berkenaan bertujuan menyokong pengembangan pembangunan logistik secara menyeluruh, termasuk pembinaan gudang dan depoh kontena sebagai sebahagian daripada penawaran perkhidmatan logistik lengkap kumpulan.

Ad Banner

“Langkah ini bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap penyewaan serta urus niaga pihak berkaitan dengan membeli hartanah berkenaan berbanding menyewanya daripada Forescom Plywood Sdn Bhd,” katanya.

Shin Yang turut berkata hartanah itu terletak di lokasi strategik dalam hab perindustrian Kuching serta berdekatan dengan Pelabuhan Kuching, Sarawak, sekali gus akan meningkatkan kapasiti operasi dan kecekapan logistik syarikat.

“Perolehan tanah itu juga seiring dengan strategi pengembangan jangka panjang kumpulan dan dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi operasi serta asas asetnya,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kumpulan itu berkata pembelian berkenaan dijangka tidak memberi kesan ketara terhadap aset bersih sesaham atau pendapatan Shin Yang bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026, namun dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan pada masa hadapan.

-- BERNAMA