Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Penurunan Wall Street
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini rendah, menjejaki prestasi Wall Street menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 6.97 mata kepada 1,715.32 daripada 1,722.29 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks penanda aras itu dibuka 3.33 mata lebih tinggi kepada 1,725.62 dan bergerak di antara 1,712.66 dengan 1,726.88 sepanjang sesi pagi.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 492 berbanding 456 manakala 533 kaunter tidak berubah, 1,254 kaunter tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.10 bilion unit bernilai RM1.39 bilion.
Malacca Securities memaklumkan walaupun Wall Street mengakhiri dagangan di wilayah negatif, pelabur dijangka menumpukan perhatian mereka terhadap musim mengumumkan keputusan kewangan, dengan kaunter teknologi bermodal besar melaporkan pendapatan mereka pada Rabu ini.
Niaga hadapan minyak kelapa sawit mentah (MSM) diunjurkan mengalami momentum harga yang lebih kukuh melangkah ke depan, justeru saham perladangan seperti Kuala Lumpur Kepong, United Plantations dan TH Plantations menjadi pilihan, menurut firma pembrokeran itu.
“Fenomena cuaca El Nino yang sedang berlarutan dan konflik geopolitik telah melonjakkan harga minyak mentah dijangka memberi manfaat kepada sektor MSM, menurut Malacca Securities.
Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM11, Public Bank merosot satu sen kepada RM5.18, CIMB berkurangan lapan sen kepada RM7.67, Tenaga Nasional menambah dua sen kepada RM14.32, dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.50.
Bagi saham aktif, Aimax naik setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Stratus Global yang baru disenaraikan di Pasaran Utama melonjak RM1.20 kepada RM2, VS Industry menambah 2.5 sen kepada 25 sen, Zetrix AI menokok satu sen kepada 73 sen, bagaimanapun Velesto Energy susut 0.5 sen kepada 25 sen.
Saham paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries, meningkat RM2.42 kepada RM47.08, manakala Nestle menokok RM1.34 kepada RM94, dan Mi Technovation menokok 91 sen kepada RM5.78, Pentamaster menokok 29 sen kepada RM5.20, dan UWC melonjak 27 sen kepada RM6.17.
Antara saham paling rugi, United Plantations merosot 54 sen kepada RM34.06, diikuti Kuala Lumpur Kepong menguncup 46 sen kepada RM21.12. Petronas Gas turun 22 sen kepada RM17.40, Petronas Dagangan berkurangan 16 sen kepada RM19.50, dan Far East turun 14 sen kepada RM3.80.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 24.39 mata kepada 12,676.79, Indeks FBM Top 100 menguncup 28.38 mata kepada 12,503.77, Indeks FBM Emas Shariah merosot 19.79 mata kepada 12,509.86, Indeks FBM Mid 70 meningkat 54.85 mata kepada 17,969.74, manakala Indeks FBM ACE menambah 32.04 mata kepada 4,942.81.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 51.86 mata kepada 20,246.31, Indeks Tenaga turun 3.32 mata kepada 772.44 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 3.32 mata kepada 772.44.
Indeks perladangan menguncup 130.86 kepada 9,362.68.
-- BERNAMA