Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan pasaran tunai.
Kontrak Julai 2026 susut lima mata kepada 1,720.5, Ogos 2026 kehilangan 6.5 mata kepada 1,726.5, manakala September 2026 turun lima mata kepada 1,700 dan Disember 2026 berkurangan 4.5 mata kepada 1,703.
Jumlah dagangan meningkat kepada 7,839 lot berbanding 6,878 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 47,989 kontrak daripada 47,482 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 1.92 mata, atau 0.11 peratus, untuk ditutup pada 1,720.37 daripada 1,722.29 yang disaksikan semalam.
-- BERNAMA