BERITA TERKINI   Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan kekal hingga PRU 16 - PM Anwar | Kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat - PM Anwar | 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi, indeks petunjuk pasaran menurun 6.58 mata kepada 1,713.79 daripada 1,720.37 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Indeks dibuka rendah 0.53 mata kepada 1,719.84.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 237 berbanding 153 manakala 364 kaunter tidak berubah, 1,993 kekal tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 280.69 juta saham bernilai RM121.98 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street mencatatkan kenaikan apabila ketiga-tiga indeks utama ditutup tinggi, didorong oleh saham semikonduktor yang meningkat semula dan pendapatan korporat yang memberangsangkan mengimbangi ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Sementara itu, hasil Amerika Syarikat (AS) untuk tempoh 10 tahun meningkat kepada 4.626 peratus berikutan kenaikan harga minyak mentah.

“Dalam negara, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot tetapi meningkat sedikit daripada paras terendah harian pada 1,712 sebelum aktiviti belian saham pada harga rendah kembali secara berselang-seli. 

"Oleh itu, kami menjangka indeks diniagakan antara 1,715 dan 1,730 hari ini,” katanya kepada Bernama. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun enam sen kepada RM10.96, Public Bank dan CIMB Group, masing-masing merosot tiga sen kepada RM5.17 dan RM7.65, Tenaga Nasional berkurangan lapan sen kepada RM14.48 dan IHH Healthcare menyusut lima sen kepada RM8.45.

Bagi saham aktif, AIMAX Bhd mendatar pada satu sen, Nexgram Holdings naik setengah sen kepada 4.5 sen serta Tanco, V.S Industry dan P. A Resources, masing-masing menambah satu sen kepada 32.5 sen, 26 sen dan 21 sen. 

Kaunter paling untung ialah Malaysian Pacific Industries melonjak 56 sen kepada RM47.40, Fraser & Neave Holdings meningkat 24 sen kepada RM29.04, KESM Industries naik 11 sen kepada RM4.19, Wesports Holdings menokok 10 sen kepada RM6.60 dan Petron Malaysia Refining & Marketing naik sembilan sen kepada RM3.65. 

Kuala Lumpur Kepong mendahului senarai kaunter paling rugi apabila merosot 28 sen kepada RM20.86. United Plantations menurun 26 sen kepada RM33.48, Petronas Dagangan berkurangan 12 sen kepada RM19.38 dan SD Guthrie menyusut 10 sen kepada RM6.52. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 29.24 mata kepada 12,680.52, Indeks FBMT Top 100 menurun 35.06 mata kepada 12,503.07 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 14.42 mata kepada 12,530.03.

Indeks FBM Mid 70 naik 4.75 mata kepada 18,0.13.53 dan Indeks FBM ACE meningkat 16.30 mata kepada 4,983.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 87.26 mata kepada 20,212.87, Indeks Perladangan merosot 74.72 mata kepada 9,282.28, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.56 mata kepada 187.80 dan Indeks Tenaga menambah 6.55 mata kepada 776.95.

Sementara itu, dagangan sekuriti Ahmad Zaki Resources Bhd dihentikan sementara dari 9 pagi hingga 10 pagi hari ini. 

-- BERNAMA