BERITA TERKINI   Malaysia sedia mengalu-alukan F1 kembali ke Sepang dengan pamer kemudahan bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan layanan mesra, di samping perkukuh hubungan dengan Bahrain - PM Anwar | PM Anwar zahir penghargaan kepada Putera Salman Hamad Al Khalifa, kerajaan Bahrain atas kepercayaan dan keyakinan terhadap Malaysia selaku tuan rumah GP Bahrain | Glasgow 2026: Atlet angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan cipta rekod baharu dalam acara clean and jerk | Glasgow 2026: Jaguh angkat berat Mohamad Aniq Kasdan sumbang emas pertama Malaysia selepas juarai kategori 60kg lelaki | Malaysia sah jadi tuan rumah Grand Prix Formula 1 Bahrain pada 2 hingga 4 Okt ini - F1 | 

Subsidi RON95, Diesel Diunjur RM3.5 Bilion Sebulan Jika Minyak Kekal US$90

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan menganggarkan subsidi petrol RON95 mencecah kira-kira RM2 bilion sebulan dan subsidi diesel sekitar RM1.5 bilion sebulan sekiranya harga minyak mentah kekal pada paras sekitar US$90 setong berdasarkan unjuran semasa. 

Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata setakat ini kedudukan fiskal negara kekal kukuh dan unjuran fiskal tidak berubah, meskipun berlaku kenaikan harga minyak mentah.

“Kerajaan turut memperoleh hasil daripada petroleum, setiap kenaikan harga minyak sebanyak US$1 setong dijangka menjana tambahan hasil kira-kira RM300 juta.

Ad Banner

“Pada Oktober nanti, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Belanjawan 2027, kerajaan akan mengumumkan unjuran fiskal terkini berdasarkan keadaan semasa pada ketika itu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang ingin mengetahui sama ada kerajaan masih yakin sasaran defisit fiskal dapat dikekalkan sekiranya harga minyak mentah dunia meningkat melebihi unjuran, serta pelan kontingensi yang disediakan bagi menghadapi situasi tersebut.

Bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Anna Bell @ Suzieana Perian mengenai cadangan meningkatkan had kuota BUDI Diesel bagi Sabah dan Sarawak, Liew berkata kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonan bagi kumpulan tertentu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Sebagai contoh, pengguna kenderaan pikap telah diperuntukkan tambahan kuota sebanyak 100 liter melalui permohonan yang sangat mudah. Jika terdapat kes-kes khusus yang perlu dipertimbangkan, kerajaan bersedia menelitinya," katanya.

-- BERNAMA