BERITA TERKINI   MB Johor hari ini umum pelantikan 10 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Negeri | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.

Pada 12.30 tengah hari ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.88 mata kepada 1,715.49 daripada 1,720.37 pada penutupan pada Selasa. 

Indeks penanda aras itu dibuka rendah 0.53 mata kepada 1,719.84 dan bergerak dalam julat 1,712.68 hingga 1,721.31 pada sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 468 berbanding 346 manakala 479 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,454 tidak didagangkan dan 23 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 1.82 bilion unit bernilai RM1.08 bilion.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd, selepas melonjak 80 mata daripada 1,655 kepada 1,735, FBM KLCI susut 15 mata daripada paras tertingginya baru-baru ini untuk ditutup pada 1,720.37 semalam, berikutan pelabur mengambil untung.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Walaupun kekuatan teknikal, asas domestik yang kukuh dan kemasukan semula dana asing dijangka terus menyokong pemulihan FBM KLCI, keuntungan jangka pendek mungkin terhad berikutan cabaran luaran.

"Ini termasuk kepimpinan pasaran yang tertumpu, penilaian tinggi dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan teknologi, ketegangan yang semakin meningkat di Asia Barat, serta pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menyokong dasar monetari ketat," menurut Hong Leong Investment Bank satu nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM10.98, Public Bank merosot satu sen kepada RM5.19, Tenaga Nasional turun 20 sen kepada RM14.36, IHH Healthcare berkurangan 10 sen kepada RM8.40, manakala CIMB Group menambah dua sen kepada RM7.70.

Bagi saham paling aktif, Aimax naik setengah sen kepada 1.5 sen, V.S Industry meningkat satu sen kepada 26 sen, Zetrix AI dan Tanco merosot satu sen masing-masing kepada 72 sen dan 30.5 sen, dan GIIB Holdings tidak berubah pada 57 sen. 

Saham paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries naik 88 sen kepada RM47.72, Nestle meningkat 30 sen kepada RM93.42, Kesm Industries menokok 25 sen kepada RM4.33, dan UMS Integration Ltd menambah 16 sen kepada RM8.35.

Antara saham paling rugi, Batu Kawan turun 50 sen kepada RM20.80, Kuala Lumpur Kepong merosot 42 sen kepada RM20.72, Pentamaster Corp dan UWC susut 16 sen masing-masing kepada RM5.03 dan RM6.11, respectively, dan Solarvest Holdings menguncup 14 sen kepada RM3.04.

Di papan indeks, Indeks FBM Top100 merosot 32.14 mata kepada 12,505.99,  FBM ACE turun 4.22 mata kepada 4,962.64, Indeks FBM Emas berkurangan 29.92 mata kepada 12,680.47, Indeks FBM 70 susut 31.52 mata kepada 17,977.25 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 35.25 mata kepada 12,509.20.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 33.12 mata kepada 20,267.01, Indeks Perladangan berkurangan 81.22 mata kepada 9,275.79, manakala Indeks Tenaga menokok 0.47 mata kepada 770.87 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 1.01 mata kepada 188.25.

-- BERNAMA