Bursa Malaysia Naik Marginal Tengah Hari Seiring Kenaikan Pasaran Serantau
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati, dengan aktiviti belian berselang-seli jualan dalam beberapa saham berwajaran tinggi terpilih, sejajar dengan kenaikan pasaran serantau berikutan lonjakan harga minyak mentah.
Pada 12.30 tengah hari, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 0.14 mata kepada 1,711.51 mata daripada paras penutupan Rabu sebanyak 1,711.37 mata.
Indeks penanda aras dibuka 3.01 mata lebih tinggi kepada 1,714.38 mata sebelum berlegar antara 1,709.05 mata dan 1,716.10 mata sepanjang sesi dagangan pagi.
Keluasan pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 510 berbanding 319, manakala 574 kaunter tidak berubah, 1,349 kaunter tidak didagangkan dan 23 kaunter digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 1.74 bilion unit bernilai RM948.91 juta.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.34 peratus kepada 25,227.06 mata, Nikkei 225 Jepun naik 0.67 peratus kepada 66,561.28 mata, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan melonjak 3.87 peratus kepada 7,060.94 mata, manakala Indeks Straits Times Singapura susut 0.63 peratus kepada 5,508.99 mata.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM10.88, manakala Public Bank meningkat satu sen kepada RM5.16, Tenaga Nasional menambah 12 sen kepada RM14.40, CIMB Group naik empat sen kepada RM7.70, sementara IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.33.
Bagi saham aktif, Velesto Energy meningkat satu sen kepada 27 sen, AIMAX tidak berubah pada 1.5 sen, namun VS Industry susut setengah sen kepada 25.5 sen, manakala Zetrix AI dan Tanco masing-masing turun 1.5 sen kepada 70 sen dan 29 sen.
Dalam kalangan kaunter untung utama lain, Panasonic Manufacturing meningkat 26 sen kepada RM5.92, Ornapaper naik 22.5 sen kepada 87.5 sen, Sunway Construction menambah 17 sen kepada 7.75 sen, manakala Fraser & Neave dan USM Integration masing-masing meningkat 16 sen kepada RM28.90 dan RM8.06.
Kaunter rugi diketuai Malaysian Pacific yang susut RM1.44 kepada RM46.32, diikuti United Plantations yang turun 84 sen kepada RM33.20, Nestle susut 24 sen kepada RM91.28, Malayan Cement berkurang 18 sen kepada RM6.15 dan Petronas Gas turun 16 sen kepada RM17.52.
Dalam kalangan indeks lebih menyeluruh, Indeks FBM Emas susut 5.88 mata kepada 12,650.08 mata, Indeks FBM Top 100 turun 6.93 mata kepada 12,473.03 mata, manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 13.17 mata kepada 12,484.52 mata.
Indeks FBM ACE susut 13.23 mata kepada 4,947.79 mata, manakala Indeks FBM Mid 70 turun 43.94 mata kepada 17,912.87 mata.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut tipis 0.04 mata kepada 188.32 mata, Indeks Tenaga meningkat 1.45 mata kepada 775.86 mata, namun Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurang 5.50 mata kepada 20,207.11 mata dan Indeks Perladangan turun 73.70 mata kepada 9,247.54 mata.
-- BERNAMA