Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Sejajar Dengan COMEX
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang agak lemah di Bursa Komoditi AS (COMEX).
Pada penutupan, kontrak bulan semerta Julai 2026 jatuh kepada YS$4,091.50 setiap auns troy daripada US$4,121.30 setiap auns troy yang dicatatkan pada Rabu, Ogos 2026 susut kepada US$4,111.80 setiap auns troy daripada US$4,141.10 dan September 2926 turun kepada US$4,125, 20 daripada US$4,154.80.
Kontrak Oktober 2026 dan Disember 2026 merosot kepada US$4,155.70 setiap auns troy daripada US$4,185.30.
Jumlah dagangan menyaksikan penurunan kepada 156 lot berbanding 168 lot semalam, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 225 kontrak daripada 236.
Pada penetapan tengah hari 22 Julai 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,155.10 setiap auns troy.
-- BERNAMA