Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Ketegangan Di Asia Barat
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah pada tengah hari dalam sentimen pasaran yang berhati-hati apabila pelabur mengambil pendekatan berwaspada susulan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat menjelang hujung minggu.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.18 mata atau 0.53 peratus kepada 1,705.41 daripada paras 1,714.59 ketika ditutup pada Khamis.
Indeks penanda aras itu dibuka 4.14 mata lebih rendah kepada 1,710.45 dan bergerak dalam julat sempit antara 1,701.41 dan 1,710.80 sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran secara keseluruhan kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 659 berbanding 279, manakala 443 kaunter tidak berubah, 1,392 kaunter tidak diniagakan dan 30 kaunter digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 1.82 bilion unit bernilai RM1.01 bilion.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.27 peratus kepada 24,891.84, Nikkei 225 Jepun merosot 3.14 peratus kepada 64,339.0, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan turun 5.80 peratus kepada 6,685.26, manakala Indeks Straits Times Singapura susut 0.44 peratus kepada 5,557.08.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan CIMB Group masing-masing susut empat sen kepada RM10.82 dan RM7.69, Public Bank turun enam sen kepada RM5.11, Tenaga Nasional berkurangan lapan sen kepada RM14.42, manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM8.37.
Bagi saham paling aktif, Aimax tidak berubah pada satu sen, manakala Zetrix AI susut dua sen kepada 69 sen, Aimflex turun setengah sen kepada 13 sen, Trive Property meningkat setengah sen kepada dua sen dan VS Industry merosot satu sen kepada 24 sen.
Dalam kalangan saham paling untung, ESYS melonjak 44 sen kepada 55 sen, Kuala Lumpur Kepong dan Ideal Capital masing-masing meningkat 24 sen kepada RM20.90 dan RM3.99, Khind melonjak 20 sen kepada RM1.77, manakala Gas Malaysia naik 19 sen kepada RM5.31.
Bagi saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut RM1.04 kepada RM45.14, Nestle turun 72 sen kepada RM90.48, UMS Integration berkurangan 26 sen kepada RM7.79 dan Hong Leong Bank merosot 24 sen kepada RM22.12.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 55.42 mata kepada 12,602.31, Indeks FBMT 100 turun 54.43 mata kepada 12,427.43, manakala Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 42.21 mata kepada 12,454.07.
Indeks FBM ACE turun 47.23 mata kepada 4,921.85 dan Indeks FBM Mid 70 susut 24.87 mata kepada 17,842.47.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 10.94 mata kepada 9,251.21, manakala Indeks Tenaga susut 1.90 mata kepada 772.24, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 120.47 mata kepada 20,090.24 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.49 mata kepada 188.27.
-- BERNAMA