BERITA TERKINI   PM Anwar gesa anak muda tolak politik kebencian, bersatu dan tingkatkan kemahiran demi masa depan negara | PM Anwar yakin Kabinet setuju cadangan dedah laporan RCI Lembaga Tabung Haji kepada umum | Sultan Terengganu berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan di luar negara seperti dijadualkan - Pejabat Sultan Terengganu | Enam maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, Pahang awal pagi tadi - Bomba | 

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Ekoran Pengambilan Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan memandangkan aktiviti pengambilan untung dipercayai akan berlaku selepas lonjakan harga baru-baru ini, walaupun harga minyak mentah kekal tinggi.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata niaga hadapan MSM telah melonjak kepada kira-kira RM4,700 setan seiring dengan harga minyak mentah yang mencecah sekitar US$100 setong, sekali gus mendorong pembelian spekulatif.

Ad Banner

Bagaimanapun, beliau menjangkakan spekulator sindiket akan mengambil untung minggu depan dengan menyifatkan pasaran ketika ini seperti ‘yo-yo’, iaitu harga mengalami turun naik dengan ketara.

“Julat dagangan akan berada antara RM4,400 dan RM4,500 setan minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Teh berkata walaupun permintaan fizikal dari negara pengimport utama termasuk China, India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat akan terus menyokong pasaran, inventori minyak sawit yang mencukupi di Malaysia dan Indonesia berkemungkinan menyekat kenaikan harga daripada berterusan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, kontrak Ogos 2026 naik RM62 kepada RM4,591 setan, September 2026 meningkat RM112 kepada RM4,677 setan dan Oktober 2026 melonjak RM125 kepada RM4,722 setan.

Kontrak November 2026 menokok RM123 kepada RM4,753 setan, Disember 2026 menambah RM116 kepada RM4,779 setan dan Januari 2027 meningkat RM103 kepada RM4,800 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 503,068 lot daripada 402,028 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 306,540 kontrak daripada 286,716 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan meningkat RM70 kepada RM4,610 setan.

-- BERNAMA