BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam dan swasta - Kementerian Digital | Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Pengumuman jumlah bayaran interim untuk Sarawak pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 Sept - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin seiring dengan pergerakan pasaran tunai.

Kontrak Julai 2026 dan kontrak Disember 2026 masing-masing meningkat 18 mata kepada 1,720.0 dan 1,702.5 manakala kontrak Ogos 2026 serta September 2026 masing-masing melonjak 17.5 mata kepada 1,720.0 dan 1,699.5.

Jumlah dagangan berkembang kepada 16,388 lot daripada 11,798 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka menokok kepada 55,662 kontrak daripada 51,094 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 12.07 mata kepada 1,713.09 daripada 1,701.02 ketika ditutup Jumaat lepas.

-- BERNAMA 

 

Ad Banner
Ad Banner

TAG: FBM KLCI, Niaga hadapan, tutup, Bursa Malaysia Derivatives, pasaran tunai


FUAH ZFB CYC MAN