BERITA TERKINI   Institusi wakaf dan dakwah perlu kuasai teknologi digital dan AI untuk kekal relevan - PM Anwar | Oriental Interest Bhd cadang ambil alih seluruh kepentingan ekuiti dalam Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd, CHJ Motor Holdings Sdn Bhd pada harga RM280 juta | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 | SNS Network (M) Sdn Bhd peroleh kontrak bernilai RM1.21 bilion untuk bekal pelayan AI berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global berpangkalan di Singapura | Kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap pelarian yang mengancam keselamatan dan menimbulkan keresahan penduduk tempatan - PM Anwar | 

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu aktiviti Belian Saham Berharga Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi, dipacu aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor perbankan dan perladangan berikutan penurunan baru-baru ini.

Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.07 mata untuk ditutup kepada 1,713.09 daripada 1,701.02 pada Jumaat.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 2.63 mata kepada 1,703.65 dan diniagakan antara paras 1,702.35 dan 1,718.31 semasa sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 547 berbanding 531 manakala 563 kaunter tidak berubah, 1,132 tidak diniagakan dan 53 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan susut kepada 2.86 bilion unit bernilai RM2.24 bilion daripada 3.03 bilion unit bernilai RM2.30 bilion pada Jumaat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup lebih tinggi apabila sentimen pelabur bertambah baik susulan penurunan mendadak harga minyak mentah Brent dalam persekitaran ketegangan Asia Barat yang semakin reda.

Ketika berita ini ditulis, minyak mentah Brent turun 7.93 peratus kepada US$89.22 setong.

“Kemerosotan harga minyak itu membantu mengurangkan kebimbangan mengenai inflasi dan potensi gangguan bekalan, menggalakkan pelabur untuk beralih kembali kepada aset berisiko,” katanya kepada Bernama.

Walaupun meningkat semula hari ini, beliau mengekalkan prospek jangka pendek yang berhati-hati di pasaran tempatan.

Beliau berkata pelabur juga dijangka kekal selektif menjelang pengumuman data ekonomi utama Amerka Syarikat (AS), pendapatan syarikat teknologi utama dan keputusan dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS yang akan datang.

Data ekonomi AS merupakan anggaran awal untuk data inflasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2026 dan perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) bagi Jun 2026, kedua-duanya akan dikeluarkan pada 30 Julai depan.

“Sehubungan itu, kami menjangkakan FBM KLCI akan kekal dalam jajaran antara 1,700 dan 1,730 untuk minggu ini dengan turun naik diunjurkan berterusan memandangkan perkembangan geopolitik terus memacu sentimen pasaran,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan CIMB Group naik 12 sen kepada RM7.80, Public Bank meningkat tujuh sen kepada RM5.18, Tenaga Nasional menambah 10 sen kepada RM14.46, Maybank menokok 12 sen kepada RM10.90, dan Telekom Malaysia melonjak 15 sen kepada RM7.70.

Bagi saham paling aktif, SNS Network Technology naik 4.5 sen kepada 56 sen, AIMAX tidak berubah pada satu sen, dan Tanco Holdings susut 1.5 sen kepada 24.5 sen, manakala VS Industry dan Zetrix merosot 1.5 sen masing-masing kepada 23 sen dan 68.5 sen.

Antara saham paling untung, Malaysian Pacific Industries naik 98 sen kepada RM46.06, Nestlé meningkat 68 sen kepada RM91.30, Batu Kawan menokok 38 sen kepada RM21.18, Petronas Gas menambah 30 sen kepada RM17.70, dan Kelington melonjak 20 sen kepada RM8.21.

Fraser & Neave mendahului saham paling rugi, turun 46 sen kepada RM27.84, manakala United Plantations susut 42 sen kepada RM33, Ideal Capital berkurangan 24 sen kepada RM3.75, dan Dutch Lady Milk Industries dan Chin Teck Plantations menguncup 18 sen masing-masing kepada RM31.82 dan RM11.16.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 73.64 mata kepada 12,663.18, Indeks FBM Top 100 menokok 79.71 mata kepada 12,491.67, Indeks FBM Mid 70 menambah 79.18 mata kepada 17,970.02, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 42.61 mata kepada 12,486.86, manakala Indeks FBM ACE merosot 8.0 mata kepada 4,918.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 183.56 mata kepada 20,240.67, Indeks Tenaga turun 4.49 mata kepada 769.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 1.02 mata kepada 186.84.74, manakala Indeks Perladangan susut 16.47 mata kepada 9,284.51.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.53 bilion unit bernilai RM1.96 bilion daripada 1.73 bilion unit bernilai RM2.06 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 868.06 juta unit bernilai RM144.18 juta daripada 745.36 juta unit bernilai RM92.85 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 461.04 juta unit bernilai RM157.34 juta daripada 556.89 juta unit bernilai RM149.98 juta pada Jumaat lepas.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 144.90 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (337.99 juta), pembinaan (73.75 juta), teknologi (423.46 juta), perkhidmatan kewangan (71.21 juta), hartanah (212.02 juta), perladangan (26.44 juta), amanah pelaburan hartanah (18.82 juta), dana tertutup (410,200), tenaga (105.55 juta), penjagaan kesihatan (49.83 juta), telekomunikasi dan media (21.57 juta), pengangkutan dan logistik (28.94 juta), utiliti (16.64 juta), dan amanah perniagaan (126,300). 

-- BERNAMA