BERITA TERKINI   Ketua Pemuda UMNO Maran bersama isteri dan seorang anak serta adik ipar maut dalam kejadian pokok tumbang di Bentong - UMNO Bahagian Jerantut | KPT pantau rapi keselamatan pelajar susulan ketidaktentuan di Asia Barat - Zambry | Dewan Negara lulus RUU Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2026 | Prosedur pemeriksaan juruterbang, kru penerbangan di lapangan terbang akan ditambah baik - KP AKPS | Badrul Hisham Mohd dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia berkuat kuasa 3 Ogos 2026 | 

Kosma Agih Dividen Lebih RM35 Juta Kepada 1,469 Ahli - Wan Rosdy

KUANTAN, 1 Ogos (Bernama) -- Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma) mengagihkan dividen modal syer sebanyak 60 peratus berjumlah lebih RM35 juta kepada 1,469 ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kadar dividen itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah Kosma sejak penubuhannya pada 1967, dengan pembayaran mula dibuat semalam.

Beliau berkata pencapaian itu bukan sahaja mencerminkan kedudukan kewangan Kosma yang kukuh, malah membuktikan keberkesanan pengurusan koperasi dalam menjana keuntungan secara mampan serta mengembalikan manfaat kepada anggotanya.

Ad Banner

"Ia juga membuktikan bahawa gerakan koperasi mampu menjadi instrumen penting dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi anggotanya melalui pengurusan yang cekap, telus dan berintegriti," katanya pada sidang media di sini semalam.

Wan Rosdy berkata Kosma, yang diiktiraf sebagai koperasi keenam terbaik di Malaysia bagi 2026, turut merekodkan pendapatan keseluruhan sebanyak RM334.24 juta pada tahun lepas, meningkat RM43.46 juta berbanding RM290.78 juta yang dicatatkan pada 2024.

Beliau berkata keuntungan bersih koperasi itu turut meningkat kepada RM102.30 juta daripada RM84.02 juta pada tahun sebelumnya, iaitu pertambahan RM18.28 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Prestasi cemerlang ini mencerminkan pengukuhan tadbir urus, kecekapan pengurusan serta kejayaan strategi perniagaan yang dilaksanakan oleh Kosma dalam mengembangkan aktiviti ekonominya," katanya

-- BERNAMA