BERITA TERKINI   ACL2: Phnom Penh Crown 2-1 Kuching City | Proklamasi mengenai kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan tidak sah kerana tidak patuh kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri - AGC | Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan tiada kuasa unilateral tamat atau kosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar - AGC | Pengguna domestik guna elektrik sehingga 800 kWj sebulan diberi pengecualian Pelarasan AFA, Caj Peruncitan serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan - PM Anwar | Kerajaan setuju perluas perlindungan bil elektrik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan bagi September hingga 31 Dis 2026 - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Harga Minyak Soya Lemah, Eksport Perlahan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kelemahan harga minyak soya, kata seorang peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata momentum eksport yang perlahan baru-baru ini turut menjejaskan sentimen pasaran.

Ad Banner

“Kami melihat harga disokong pada paras melebihi RM4,900 satu tan dan paras rintangan pada RM5,080 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut RM29 kepada RM4,712 satu tan, November 2026 turun RM52 kepada RM4,832 satu tan dan Disember 2026 merosot RM62 kepada RM4,936 satu tan.

Sementara itu, kontrak Januari 2027 berkurangan RM58 kepada RM5,028 satu tan, Februari 2027 susut RM44 kepada RM5,108 satu tan dan Mac 2027 turun RM32 kepada RM5,169 satu tan.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 137,371 lot daripada 153,885 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 348,305 kontrak daripada 351,861 kontrak sebelum ini.

Harga fizikal MSM bagi September Selatan kekal tidak berubah pada RM4,650 satu tan.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu sempena sambutan Hari Malaysia, dan urus niaga disambung semula hari ini.

-- BERNAMA