BERITA TERKINI   JPJ perketat kawal selia kaunter dengan hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan bagi pihak pelanggan mulai 1 Jan 2027 - KP JPJ | Pendaftaran individu, wakil syarikat sebagai perantara berdaftar akan dibuka mulai 1 Nov ini secara dalam talian - KP JPJ | Pindaan Akta 333 dijangka dibentangkan pada sidang pertama Parlimen tahun depan - Loke | Raja Abdullah II seru kerjasama pertahanan Malaysia–Jordan diperkukuh termasuk dalam bidang teknologi ketenteraan | Pas MyKomuter50 RM50 sebulan disasar dilaksana selewat-lewatnya 1 Jan 2027- Loke | 

Pelan Tindakan Pelaburan JS-SEZ Dijangka Dilancarkan Pada Akhir Tahun - RHB IB

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dijangka melancarkan Pelan Tindakan Pelaburan dan Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) pada akhir tahun ini, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Dalam nota penyelidikannya pada Isnin, RHB IB memaklumkan pihaknya semakin yakin terhadap prospek jangka pendek pasaran hartanah Johor.

"Menjelang Disember, rangkaian infrastruktur rentas sempadan utama, iaitu Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura, dijangka siap sekali gus meningkatkan sentimen pasaran dan keyakinan pelabur terhadap prospek pertumbuhan Johor.

Ad Banner

"Minat pelabur tempatan dan asing dalam sektor pembuatan serta pusat data dijangka kekal kukuh, sekali gus terus menyokong permintaan terhadap hartanah termasuk rumah bertanah, premis komersial, tanah dan hartanah perindustrian serta projek bertingkat tinggi terpilih di Johor," katanya.

RHB IB memaklumkan urus niaga tanah berskala besar yang dipacu oleh pemain industri pusat data terus menawarkan potensi peningkatan penarafan nilai aset bersih dinilai semula (RNAV) bagi pemaju yang mempunyai bank tanah yang besar di Iskandar Malaysia.

"Dua taman perindustrian baharu EcoWorld, iaitu Eco Business Park 8 di Kulai dan Eco Business Park 9 di Ibrahim Technopolis (IBTEC), masing-masing dijadual dilancarkan menjelang akhir tahun kewangan 2026 dan 2028.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Sementara itu, Mah Sing memperoleh kelulusan pemegang saham untuk mengambil alih tanah pegangan bebas seluas 169.56 hektar (419 ekar) di Kulai daripada Kuala Lumpur Kepong Bhd, sekali gus membuka laluan kepada pembangunan projek MS Industrial Park yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.26 bilion," menurutnya.

Sementara itu, RHB IB memaklumkan pasaran hartanah di Lembah Klang dijangka kekal berdaya tahan.

"Pelancaran Laluan LRT3 Shah Alam yang menghubungkan Bandar Utama dengan Johan Setia baru-baru ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam pembangunan infrastruktur di Lembah Klang.

"Pada pandangan kami, permintaan terhadap produk hartanah berteraskan keperluan asas seperti hartanah bandar bertanah, selain tanah dan hartanah perindustrian, dijangka terus kekal kukuh," katanya.

RHB IB mengekalkan pandangan positif terhadap sektor hartanah Malaysia dengan saranan 'overweight'."

-- BERNAMA