Saham Tong Herr Digantung Sementara Menunggu Pengumuman Penting
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Tong Herr Resources Bhd (Tong Herr) memohon penggantungan sementara dagangan bagi menunggu satu pengumuman penting.
Syarikat pengilang pengikat keluli tahan karat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan penggantungan dagangan semua sahamnya sehingga 5 petang hari ini.
“Permohonan untuk penggantungan dibuat di bawah subperenggan 3.1(b) Nota Amalan 2 mengenai Permintaan untuk Penggantungan Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities," jelas syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang itu.
Saham Tong Herr meningkat 10 sen kepada RM1.90 pada 2.55 petang pada Khamis, dengan 236,600 saham bertukar tangan.
-- BERNAMA