BERITA TERKINI   Malaysia Aviation Group (MAG) mulakan saringan dadah terhadap semua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines, dijangka selesai menjelang 15 Ogos ini | Negara memerlukan pemimpin yang berpendirian tinggi atau 'persons of honour' - Tuanku Muhriz | Tuanku Muhriz ingatkan Exco Negeri Sembilan baharu laksana amanah dengan jujur, adil dan profesional | Negeri Sembilan lantik 10 Exco termasuk lapan muka baharu - Menteri Besar | Prosiding pendakwaan terhadap Ismail Sabri ditangguhkan ke 27 Ogos kerana beliau dimasukkan ke IJN atas masalah kesihatan | 

Prestasi Kewangan Kukuh TH Hasil Reformasi Institusi, Pelaksanaan Syor RCI - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Prestasi kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lebih kukuh hari ini adalah hasil daripada reformasi institusi berkenaan yang telah dilaksanakan sejak proses penstrukturan semula, termasuk pelaksanaan 75 peratus daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata pakar ekonomi.

Pengarah Program MBA Putra Business School Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata prestasi itu turut dipengaruhi oleh kekuatan tadbir urus dan disiplin pelaburan pengurusan risiko yang lebih berkesan.

Menurutnya prestasi itu terbukti dengan keupayaan TH untuk menjana pulangan yang lebih mampan dengan pendapatan pelaburan sebanyak RM4.64 bilion pada tahun lepas, sekali gus merupakan prestasi terbaik sejak 2018.

Ad Banner

Selain itu, Ahmed Razman berkata agihan keuntungan kepada pendeposit yang dibuat pada masa ini turut berdasarkan pendapatan yang sebenar, selaras dengan akta dan penyata kewangan audit yang telah disahkan oleh Jabatan Audit Negara. 

"Oleh itu, apabila kita melihat RCI itu, kita menganggap sebagai mekanisme yang boleh mengukuhkan lagi isu TH, belajar daripada apa yang berlaku pada masa lampau dan (keadaan sekarang) tidak lagi mencerminkan keadaan TH kali ini.

"Apa yang kita mahu lihat, TH telah menjadi lebih baik dan lebih tersusun, teratur dan mematuhi tadbir urus yang lebih mantap," katanya ketika menjadi tetamu program 'Malaysia Petang Ini: RCI Tabung Haji, Amanah Pendeposit Tanggungjawab Pengurusan Bersama,’ terbitan Bernama TV pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Mengenai strategi pelaburan TH, Ahmed Razman berkata tumpuan TH kepada pelaburan domestik juga dilihat memberi pulangan yang baik, dipacu pertumbuhan ekonomi negara dan pasaran ekuiti yang positif untuk tempoh beberapa tahun berturut-turut, sekali gus membantu menjana pendapatan pelaburan TH.

"(Perkara ini) membolehkan analisis pelaburan itu dibuat dengan lebih tepat dan kita boleh mengawal risiko dengan lebih cekap. Keputusan pelaburan itu diharapkan lebih berkesan kerana kita tahu bagaimana prestasi pelaburan yang kita lakukan di peringkat domestik,” katanya.

Menurut Ahmed Razman, selain mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab, TH juga perlu meneruskan usaha menstrukturkan semula aset, menguruskan aset yang kurang produktif secara optimum serta meningkatkan kecekapan pengurusan portfolio pelaburannya.

"Saya lihat TH telah melaksanakan pelbagai inisitif sejak beberapa tahun ini untuk meningkatkan prestasi tersebut.

“Apabila pendekatan ini dilakukan, ini boleh memastikan pendapatan kekal mampan tanpa bergantung kepada mana-mana aset atau pelaburan, dan apa yang lebih penting, adalah meningkatkan kembali keyakinan pendeposit ke atas TH," katanya.

Pada 29 Julai lepas, RCI mengenai TH mengeluarkan laporan setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 sehingga 2020.

-- BERNAMA