BERITA TERKINI   Selain penyediaan dana oleh GLC dan GLIC, syarikat pertengahan diperkasa melalui pembangunan kapasiti, pementoran dan akses pembiayaan - Amir Hamzah | Malaysia tidak perlu wujudkan dana pelaburan baharu, sebaliknya perkukuh hubungan antara ekosistem pembiayaan sedia ada - Amir Hamzah | PM Anwar minta pengurusan Felda kemuka laporan terhadap cadangan penjualan hotel milik agensi itu yang merugikan | Kerajaan terus ikhtiar tingkat peruntukan sektor pertahanan dalam Belanjawan 2027, perkasa kesiapsiagaan ATM - PM Anwar | Kaedah baharu proses kenaikan pangkat warga ATM, PDRM dijangka diumum pada sambutan Ambang Merdeka 30 Ogos ini - PM Anwar | 

Jelawang Capital, Dana Perintis Salur RM588 Juta Kepada Syarikat Pemula Pada 2025 

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Jelawang Capital, bersama Dana Perintis di bawah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), menerajui pembiayaan modal teroka dengan menyalurkan RM588 juta kepada syarikat pemula dalam sektor pengguna, digital, teknologi pertanian dan teknologi pendidikan pada 2025. 

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan inisiatif di bawah Program Pengaktifan dan Reformasi 

Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) itu turut menyokong lebih 130 syarikat pemula Malaysia, termasuk hampir 30 syarikat pemula Bumiputera, bagi tempoh 2020 hingga Jun 2026.

Ad Banner

"Kedua-dua inisiatif ini memanfaatkan pengurus dana yang berpandukan tesis pelaburan untuk memperluas rangkaian rakan kongsi am tempatan, di samping menarik lebih banyak penyertaan modal swasta," menurut MoF dalam Laporan Kemajuan GEAR-uP yang diterbitkan hari ini.

Menurut kementerian itu, Khazanah menggabungkan Malaysia Venture Capital Management Bhd (MAVCAP) dan Penjana Kapital pada Julai 2024 sebelum melancarkan semula entiti berkenaan sebagai Jelawang Capital pada Oktober tahun yang sama.

MoF memaklumkan Dana Impak, iaitu dana atas dana kebangsaan yang diuruskan Jelawang Capital, menerima peruntukan awal RM1 bilion bagi tempoh 2024 hingga 2028.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, usaha berkenaan turut dilengkapi Dana Perintis di bawah KWAP, iaitu dana pembiayaan peringkat awal bernilai RM500 juta bagi tempoh yang sama.

Menurut laporan berkenaan, Jelawang Capital menyalurkan dana kepada pengurus dana tempatan dan serantau yang sedang berkembang berdasarkan tesis pelaburan bagi menarik penyertaan modal swasta untuk dilaburkan dalam syarikat pemula tempatan.

"Pada 2025, sebanyak RM290 juta telah disalurkan kepada pengurus dana tempatan dan serantau yang sedang berkembang," menurut laporan itu.

Sementara itu, Dana Perintis KWAP menyalurkan modal kepada syarikat pemula tempatan berpotensi tinggi bagi menyokong peluasan operasi perniagaan serta merangsang penyertaan pelaburan swasta.

Menurut MoF, gabungan kedua-dua platform itu memperkukuh pembentukan modal dalam keseluruhan ekosistem modal teroka negara.

Dalam perkembangan berkaitan, kementerian itu memaklumkan Dana Impak Khazanah turut memperuntukkan RM1 bilion bagi tempoh 2024 hingga 2028 untuk mengembangkan syarikat peringkat pertengahan menerusi pengurus dana berpengalaman, termasuk Creador bagi ekuiti swasta, serta Navis Capital dan Granite Asia bagi strategi kredit swasta.

Selain itu, Dana Pemacu di bawah KWAP menyediakan pembiayaan ekuiti swasta kepada syarikat peringkat pertengahan menerusi struktur pelaburan bersama.

"Bagi syarikat pertengahan bumiputera, Ekuinas meneruskan pelaburan dalam ekuiti dan kredit swasta yang telah menjana nilai ekuiti bumiputera sebanyak RM7.1 bilion sejak 2009.

"Khazanah juga merancang komitmen RM200 juta menerusi Dana Ciptawan bagi menyokong syarikat bumiputera serta syarikat peringkat pertengahan Malaysia yang lain," katanya.

– BERNAMA