BERITA TERKINI   Unit tidak langsung MRCB, Subang Sentral Sdn Bhd akan menjual tanah seluas 14.83 hektar di Cyberjaya kepada unit Digital Cosmos (S) Pte Ltd, Digital Cosmos dengan harga RM419.05 juta | Sebanyak RM1.29 juta disalurkan bagi penyelenggaraan Institusi Pendidikan Islam Melaka tahun ini - PM Anwar | Kerajaan MADANI terus imbangi keperluan semua kaum dan aliran pendidikan tanpa meminggirkan mana-mana pihak - PM Anwar | BNM, People’s Bank of China memperbaharui perjanjian pertukaran mata wang dua hala untuk tempoh 5 tahun, dari 2026 hingga 2031, dengan saiznya ditingkatkan kepada 220 bilion renminbi (RM130 bilion) daripada 180 bilion renminbi (RM110 bilion | Selain penyediaan dana oleh GLC dan GLIC, syarikat pertengahan diperkasa melalui pembangunan kapasiti, pementoran dan akses pembiayaan - Amir Hamzah | 

Unit DPS Resources, Hangyue Meterai MoU Untuk Penempatan Bersama Pusat Data Melaka

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh DPS Resources Bhd, Shantawood Sdn Bhd telah dimeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Hangyue Intelligent Electrical Co. Ltd untuk mewujudkan perkongsian strategik jangka panjang dalam infrastruktur tenaga digital, pusat data, pembangunan perindustrian dan projek-projek berkaitan di Malaysia.

Hangyue adalah penyedia infrastruktur tenaga digital yang mempunyai pengkhususan dalam bekalan kuasa, pengagihan, integrasi sistem dan penempatan bersama pusat data.

Di bawah MoU itu, DPS Resources memaklumkan bahawa Hangyue berniat untuk memanfaatkan sumber, rangkaian dan keupayaan bagi menghubungkan syarikat-syarikat dari China dengan peluang pelaburan di Malaysia, memudahkan promosi projek dan pemadanan perniagaan, menyediakan penyelesaian tenaga digital disesuaikan serta memudahkan penempatan bersama syarikat-syarikat dari China di kemudahan pusat data Shantawood.

Ad Banner

“Pengaturan cadangan penempatan bersama itu dijangka untuk tempoh sewaan minimum 15 tahun pada kadar sewa indikatif kira-kira US$130 hingga US$230 setiap kilowatt (kW) sebulan, bergantung pada keperluan spesifik bakal penyewa dan tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian muktamad,” menurut DPS Resources dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Shantawood akan membekalkan dokumentasi undang-undang dan operasi yang tepat, menguruskan pelaburan taman, infrastruktur serta koordinasi kerajaan tempatan, dan membantu dalam pemilihan tapak serta pelaksanaan projek.

Menurut syarikat pembuatan berasaskan kayu dan perabot kayu getah itu ia telah menerima surat sokongan negeri daripada Ketua Menteri Melaka pada 30 Julai, 2026, dan borang permohonan, berserta dokumen berkaitan serta surat sokongan telah dikemukakan kepada Pasukan Petugas Pusat Data sebagai sebahagian daripada proses permohonan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Cadangan kerjasama itu juga menyediakan platform lebih luas untuk kedua-dua pihak meneroka kerjasama dalam bidang industri utama, termasuk industri elektronik dan semikonduktor, tenaga digital dan pusat data, peralatan pintar dan pembuatan canjutan, serta rantaian bekalan serantau dan perkhidmatan korporat.

Pengerusi Kumpulan dan Pengasas DPS Resources, Tan Sri Sow Chin Chuan berkata menerusi kerjasama cadangan dengan Hangyue, syarikat itu menyasarkan untuk mewujudkan platfor menghubungkan syarikat-syarikat dari China dengan peluang pelaburan dan penempatan bersama di Malaysia, selain daripada meningkatkan nilai serta penggunaan aset mereka di Bukit Rambai.

“Pengesahan kapasiti kuasa, pengesahan bekalan air dan sokongan daripada kerajaan negeri Melaka menyediakan asas yang menggalakkan untuk kami meneruskan perbincangan dengan bakal rakan kongsi dan penyewa.

“Walaupun MoU itu kekal tidak terikat pada peringkat ini, ia membenarkan kedua-dua pihak meneroka struktur komersial, keperluan teknikal dan potensi pengaturan penempatan bersama jangka panjang dengan cara yang berdisiplin,” katanya.

Dalam pada itu, DPS Resources menjangkakan cadangan kerjasama tersebut akan mengukuhkan rancangan pembangunan pusat datanya dan menyokong cita-citanya untuk menyertai ekosistem infrastruktur digital Malaysia yang sedang berkembang.

-- BERNAMA