BERITA TERKINI   Kerajaan telah memperuntukkan RM1.26 bilion untuk kebajikan warga emas, memanfaatkan 180,000 warga emas Malaysia serta memperluaskan pusat aktiviti - PM Anwar | Kes FELDA: Bekas CEO FIC didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas dua tuduhan perdaya berhubung projek Kuala Lumpur Vertical City  | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Pada 9.28 pagi, kontrak Ogos 2026 berkurangan tiga mata kepada 1,729, September 2026 menurun 2.5 mata kepada 1,707.5, Disember 2026 merosot tujuh mata kepada 1,705.5 dan Mac 2027 menyusut 4.5 mata kepada 1,691.

Jumlah dagangan sebanyak 1,669 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,172 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.49 pagi, FBM KLCI menurun 3.83 mata kepada 1,730.88 daripada 1,734.71 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner