BERITA TERKINI   Tahap kemajuan keseluruhan Projek ECRL Kota Bharu-Gombak capai 95.08 peratus setakat Julai 2026 - Loke | ECRL Kota Bharu-Gombak dijangka beroperasi lebih awal bermula Disember ini berbanding jadual asal Januari depan - Loke | Penggunaan isi rumah kekal berdaya tahan pada 4.8 peratus pada suku kedua 2026, disokong oleh pertumbuhan pendapatan, simpanan dan sokongan dasar kerajaan - Gabenor BNM | Dasar Malaysia yang konsisten dan asas ekonomi yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur - Gabenor BNM | BNM yakin pertumbuhan KDNK akan mencapai kira-kira 5.0 peratus pada 2026 disokong oleh kekuatan berterusan dalam pelbagai sektor - Gabenor | 

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.39 mata kepada 1,731.32 berbanding paras 1,734.71 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.01 mata lebih tinggi pada 1,734.72 dan bergerak antara 1,728.64 dan 1,734.72 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Dalam pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 572 berbanding 394, manakala 532 kaunter tidak berubah, 1,329 tidak diniagakan dan 29 digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.09 bilion unit bernilai RM1.14 bilion.

Terdahulu hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan prestasi KDNK bagi suku kedua yang mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Katanya, pertumbuhan itu didorong permintaan domestik yang berterusan serta eksport yang kukuh.

“Perbelanjaan isi rumah disokong pertumbuhan pendapatan yang stabil dan sokongan dasar yang berterusan, manakala pertumbuhan pelaburan didorong perbelanjaan berterusan bagi struktur serta mesin dan peralatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank tidak berubah pada RM10.60, manakala CIMB Group menambah tiga sen kepada RM7.98, IHH Healthcare naik 1.0 sen kepada RM8.28, Public Bank susut 1.0 sen kepada RM5.15 dan Tenaga Nasional turun lapan sen kepada RM14.42.

Dalam senarai kaunter paling aktif, Key ASIC susut setengah sen kepada 7.5 sen, JAKS Resources meningkat 1.5 sen kepada 10.5 sen, HHRG turun dua sen kepada 13.5 sen, AHB Holdings naik setengah sen kepada lima sen, manakala Kronologi Asia menokok 2.5 sen kepada 12.5 sen.

Antara kaunter paling untung, Ranhill Utilities melonjak 21 sen kepada RM2.57, UWC meningkat 18 sen kepada RM6.73, Ideal Capital naik 17 sen kepada RM3.68, manakala Hong Leong Industries dan BLD Plantation masing-masing menokok 16 sen kepada RM17.84 dan RM15.00.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut RM1.20 kepada RM102.30, Malaysian Pacific Industries turun 56 sen kepada RM47.28, United Plantations merosot 28 sen kepada RM33.02, Gamuda berkurangan 12 sen kepada RM4.40, manakala SD Guthrie susut sembilan sen kepada RM6.60.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 25.06 mata kepada 5,269.71, manakala Indeks FBM Emas susut 23.80 mata kepada 12,834.75 dan Indeks FBMT 100 Index merosot 23.86 mata kepada 12,648.84.

Indeks FBM Emas Shariah turun 43.51 mata kepada 12,651.47, manakala Indeks FBM 70 merosot 30.49 mata kepada 18,299.72.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 1.52 mata kepada 20,358.54, manakala Indeks Tenaga susut 7.40 mata kepada 775.92, Indeks Perladangan turun 10.84 mata kepada 9,362.82 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.86 mata kepada 188.62.

-- BERNAMA