BERITA TERKINI   Jadikan Kongres Nasional PKR medan muhasabah, nilai pencapaian - PM Anwar | PKR perlu terus berperanan sebagai gerakan massa, junjung integriti, keadilan sosial dan amanah rakyat - PM Anwar | Keadaan TPM Fadillah bertambah baik seperti dijangka pasukan petugas kesihatan - IJN | TPM Fadillah selamat jalani pembedahan pintasan jantung Rabu lepas - Pejabat TPM | Lonjakan KDNK mengatasi jangkaan pasaran, catat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014 - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Hari Kedua Berturut-turut

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari kedua berturut-turut berikutan pelabur menilai data ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Menurut peniaga, niaga hadapan emas menyusut menjelang akhir minggu walaupun semakin kurang pelabur menjangkakan Rizab Persekutuan (Fed) AS akan menaikkan kadar faedah pada September.

Ad Banner

“Lebih banyak data pekerjaan akan dinilai oleh pelabur sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang.

“Sementara itu, kenyataan Pengerusi Fed Kevin Warsh pada simposium Jackson Hole ke-48 bank pusat itu pada akhir bulan ini juga akan diberikan perhatian untuk mendapatkan petunjuk mengenai prospek kadar faedah,” katanya.

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 menyusut kepada US$4,358.7 setiap auns troy daripada US$4,388.80 setiap auns troy manakala September 2026 merosot kepada US$4,374.9 setiap auns troy daripada US$4,405.00 setiap auns troy sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kontrak Oktober dan November 2026 masing-masing turun kepada US$4,390.60 setiap auns troy daripada US$4,421.20 sebelumnya manakala Disember 2026 susut kepada US$4,398.40 setiap auns troy daripada US$4,429.90

Jumlah dagangan meningkat kepada 267 lot daripada 218 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 339 kontrak daripada 301 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,437.0 setiap troy auns pada penetapan petang London Bullion Market Association pada 13 Ogos 2026.

-- BERNAMA