Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) --  Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan dalam sesi dagangan sebelumnya.

Pada 9.04 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.45 mata kepada 1,724.94 daripada paras 1,727.39 ketika ditutup pada Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 1,726.94.

Ad Banner

Bagaimanapun, sentimen pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 149 berbanding 133, manakala sebanyak 348 kaunter tidak berubah, 2,215 tidak diniagakan dan 27 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 135.93 juta saham bernilai RM60.92 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyeldidikan hari ini memaklumkan bahawa menyatakan para peniaga kini berada dalam dilema sama ada mahu berasa gembira dengan data jualan runcit bulan Julai yang rendah atau prospek Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah, kedua-duanya menggambarkan keyakinan pengguna semakin merosot.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kami juga mendapati sentimen pasaran bertukar kepada sentimen berhati-hati, justeru kami menjangkakan indeks itu bergerak dalam julat 1,725 hingga 1,735 hari ini, katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank tidak berubah masing-masing pada RM10.60 dan RM5.13, manakala IHH Healthcare menambah empat sen kepada RM8.24, bagaimanapun CIMB Group berkurangan 10 sen kepada RM7.85, dan Tenaga Nasional merosot enam sen kepada RM14.42.

Bagi saham aktif, JAKS Resources menambah satu sen kepada 11.5 sen, Oppstar, ES Sunlogy dan 3REN meningkat 1.5 sen masing-masing kepada 75 sen, 41.5 sen dan 45 sen, manakala YGL Convergence melonjak setengah sen kepada 13.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan Malaysian Pacific Industries menokok 10 sen kepada RM47.60, MISC menambah lapan sen kepada RM8.18, Petronas Chemicals Group meningkat lima sen kepada RM4.55, UWC dan Frontken menambah empat sen masing-masing kepada RM6.74 dan RM5.29.

Antara saham paling rugi, Petronas Gas susut 12 sen kepada RM17.30, dan Riverview Rubber Estates merosot 11 sen kepada RM2.97. APM Automotive Holdings, RHB dan Stratus Global Holdings berkurangan lima sen masing-masing kepada RM2.76, RM8.60 dan RM2.85.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 9.17 mata kepada 5,303.95, Indeks FBM 70 menokok 36.82 mata kepada 18,330.01, Indeks FBM Emas Syariah naik 10.71 mata kepada 12,639.94, bagaimanapun Indeks FBM Emas susut 6.87 mata kepada 12,808.57, dan Indeks FBMT 100 merosot 6.91 mata kepada 12,619.95.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 10.97 mata kepada 9,338.38, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.41 mata kepada 187.64, bagaimanapun Indeks Tenaga berkurangan 2.17 mata kepada 777.29 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 59.33 mata kepada 20,276.70.

-- BERNAMA