BERITA TERKINI   Jerebu: Keputusan tutup sekolah bergantung SOP, nasihat MetMalaysia dan Kementerian Kesihatan- Fadhlina | Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Arab Saudi susulan pengeboman di Riyadh - Mohamad Hasan | Jordan minat teroka pemindahan teknologi semikonduktor Malaysia - Mohamad Hasan | Malaysia, Jordan teroka kerjasama strategik sektor perdagangan, pelaburan, semikonduktor, pertahanan dan pelancongan - Mohamad Hasan | 

Sektor Pengangkutan, Telekomunikasi Dan Tenaga Catat Aliran Masuk Bersih RM158.4 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Sektor pengangkutan dan logistik, telekomunikasi dan media serta tenaga merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM158.4 juta ke Bursa Malaysia pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Sektor pengangkutan dan logistik mencatatkan kemasukan bersih sebanyak RM103.8 juta, telekomunikasi dan media RM34.9 juta, manakala tenaga mencatatkan RM19.7 juta.

MBSB IB dalam Laporan Aliran Dana Mingguan bagi minggu berakhir 14 Ogos, 2026 memaklumkan institusi asing meneruskan jualan bersih untuk minggu kedua berturut-turut dengan aliran keluar bersih pula sebanyak RM623.6 juta.

Ad Banner

“Aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Jumaat (RM181.3 juta), diikuti Selasa (RM171.4 juta), Khamis (RM125.9 juta), Rabu (RM92.2 juta) dan Isnin (RM52.8 juta).

“Tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (RM469.3 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM121.2 juta) serta produk dan perkhidmatan pengguna (RM89.6 juta),” tambah laporan itu.

Menurutnya, pelabur runcit mengakhiri trend jualan bersih untuk dua minggu berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM268.1 juta, manakala institusi tempatan meneruskan pembelian bersih untuk minggu ketiga berturut-turut dengan aliran masuk bersih bernilai RM355.5 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Purata jumlah dagangan harian mencatatkan penurunan secara menyeluruh dengan pelabur runcit susut 1.1 peratus, institusi tempatan 10.9 peratus dan institusi asing 3.7 peratus,” tambahnya.

-- BERNAMA