BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA 2026: Harimau Malaya perlu kekalkan momentum menjelang pertemuan menentang Vietnam - PM Anwar | Perdana Menteri Nepal Balendra Shah beri jaminan kerjasama penuh bantu sahkan status 54 rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir besar - PM Anwar | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy wanita negara pertahan emas acara berpasukan tewaskan Hong Kong 2-1 | LTdL 2026: Pelumba Modern Adventure Pro Cycling Riley Pickrell menang Peringkat 6 dari Pandan Indah ke Rembau | Banjir Nepal: Seorang daripada 55 rakyat Malaysia dilaporkan selamat, telah kembali ke tanah air - MASFIH | 

Saham Maxis Naik 2.16 Peratus Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR,17 Ogos (Bernama) -- Harga saham Maxis Bhd meningkat 2.16 peratus pada dagangan awal hari ini selepas syarikat itu mengumumkan keuntungan bersih suku kedua 2026 yang lebih kukuh baru-baru ini.

Pada 10.38 pagi, harga sahamnya naik lapan sen kepada RM3.78, dengan 4.53 juta saham diniagakan.

Syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM436 juta pada suku kedua 2026 berbanding RM398 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Ad Banner

Hasil turut meningkat kepada RM2.66 bilion daripada RM2.56 bilion sebelumnya, disokong oleh hasil peranti dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Dalam nota penyelidikan, MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) memaklumkan unjuran hasilnya kekal tidak berubah tetapi menaikkan andaian margin keuntungan untuk mencerminkan struktur kos terkini Maxis dengan lebih baik, memandangkan usaha berterusannya untuk meningkatkan kecekapan operasi.

“Ini membawa kepada semakan menaik dalam pendapatannya bagi tahun kewangan 2026 hingga tahun kewangan 2028 di antara 6.4 peratus dan 7.4 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Sehubungan itu, harga sasaran kami telah disemak lebih tinggi kepada RM4.31 daripada RM4.05 sebelumnya,” tambahnya sambil mengekalkan saranan “Beli” terhadap saham syarikat itu.

Sependapat dengan MBSB IB, Kenanga Investment Bank turut menaikkan pendapatan tahun kewangan 2026 syarikat telekomunikasi itu sebanyak 5.3 peratus.

Ia juga memaklumkan pengakaunan menggunakan kaedah ekuiti bagi Digital Nasional Bhd ditangguhkan kepada suku keempat tahun kewangan 2026, selaras dengan panduan terkini yang diberikan oleh Maxis.

-- BERNAMA