BERITA TERKINI   MCMC kenal pasti lebih 10,000 akaun palsu sebar isu 3R setakat semalam -- Fahmi | UKK di setiap kementerian perlu perhalusi cara perjelas kesan sebenar dasar dan pencapaian kerajaan - Fahmi | Kerajaan sasar 50 peratus pengurangan kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030 - Ahmad Zahid | Perancangan penyuraian trafik diteliti elak kesesakan baharu operasi RTS Link Johor Bahru–Singapura - Ahmad Zahid | Inflasi Malaysia menurun kepada 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun 2026 - DOSM | 

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong minat belian terhadap kaunter wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi dan media, utiliti serta produk perindustrian.

Ketiga-tiga kaunter itu secara keseluruhannya menyumbang sebanyak 5.31 mata kepada indeks komposit.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.41 mata kepada 1,729.80 daripada 1,727.39 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka menokok 0.45 mata lepada 1,726.94 dan bergerak antara paras 1,722.16 hingga 1,731.45 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagaimanapun, keseluruhan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 550 berbanding 454 manakala 559 kaunter tidak berubah, 1,282 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.92 bilion unit bernilai RM1.29 bilion.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meningkat dua sen kepada RM14.50 manakala Maybank turun dua sen kepada RM10.58. Public Bank dan IHH Healthcare masing-masing berkurangan satu sen kepada RM5.12 dan RM8.19, dan CIMB Group susut sembilan sen kepada RM7.86.

Bagi saham paling aktif, JAKS Resources dan Oppstar masing-masing menambah 1.5 sen kepada 12 sen dan 75 sen, Dagang NeXchange menokok setengah sen kepada 51 sen manakala Zetrix AI susut satu sen kepada 71 sen dan NationGate Holdings berkurangan dua sen kepada RM1.49.

Antara saham paling untung, Fraser & Neave Holdings, PPB Group dan Nestle masing-masing meningkat 20 sen kepada RM26.60, RM9.60 dan RM102.90 manakala UMS Integration menokok 19 sen kepada RM8.65 dan HE Group menambah 12 sen kepada 86.5 sen.

Saham paling rugi menyaksikan BLD Plantation berkurangan 74 sen kepada RM14.26, Malaysian Pacific Industries susut 32 sen kepada RM47.18, Kluang Rubber menyusut 15 sen kepada RM6.45, AMMB Holdings rendah 12 sen kepada RM7.23 dan Kelington Group berkurangan 11 sen kepada RM8.59.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 32.49 mata kepada 5,327.27 dan Indeks FBM 70 menokok 30.17 mata kepada 18,323.36.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 53.39 mata kepada 12,682.63, Indeks FBM Emas meningkat 18.09 mata kepada 12,833.53 dan Indeks FBM Top 100 naik 18.45 mata kepada 12,644.71.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 8.89 mata kepada 9,336.30 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.26 mata kepada 188.49 manakala Indeks Tenaga rendah 1.61 mata kepada 777.85 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 79.80 mata kepada 20,256.22.

-- BERNAMA