BERITA TERKINI   Pendapatan pelaburan KWSP bagi suku kedua 2026 meningkat 44 peratus kepada RM29.77 bilion daripada RM20.61 bilion tahun sebelumnya | Jumlah caruman KWSP meningkat 8.5 peratus kepada RM33.87 bilion pada Suku Kedua 2026, manakala caruman i-Saraan bertambah 15.7 peratus kepada RM1.33 bilion | Ahli aktif KWSP meningkat kepada 10.9 juta manakala majikan aktif melebihi 645,200 selepas 37,265 pendaftaran baharu pada Suku Kedua 2026 | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP RM57.50 bilion pada separuh pertama 2026, meningkat 48 peratus daripada RM38.92 bilion dalam tempoh sama 2025 | Aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.54 trilion, dengan 39 peratus dilaburkan di seluruh dunia, manakala pelaburan antarabangsa menyumbang RM19.29 bilion, atau 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan pada Suku Kedua 2026 | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Serantau

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Isnin termasuk dolar AS berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.

Pada 6 petang, ringgit melonjak 225 peratusan dalam mata (pip) kepada 4.0585/0630 berbanding dolar AS daripada 4.0840/0885 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bacaan indeks harga pengguna (IHP) AS yang lebih rendah serta data pekerjaan yang lemah minggu lepas dilihat menjejaskan jangkaan terhadap potensi kenaikan kadar faedah oleh Fed bulan depan.

"Kemungkinan kepada kenaikan kadar faedah pada September telah menurun kepada 30 peratus daripada lebih 50 peratus bulan lepas. Dalam konteks itu, sentimen mengenai kenaikan kadar faedah dalam Kadar Dana Fed telah berubah, dan keadaan ini boleh memberi sokongan kepada ringgit dalam masa terdekat," katanya kepada Bernama.

IHP AS dilaporkan meningkat 0.1 peratus pada Julai, menjadikan inflasi tahunan kepada 3.4 peratus manakala data gaji bukan perladangan menurun sebanyak 23,000 pada Julai berbanding unjuran ahli ekonomi dengan peningkatan kira-kira 80,000 pekerjaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada akhir dagangan, unit tempatan ditutup lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5496/5526 daripada 2.5660/5690 semasa ditutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.5021/5082 daripada 5.5232/5293.

Ringgit naik berbanding euro kepada 4.7062/7115 daripada 4.7182/7234 sebelumnya.

Unit tempatan turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.60/6.61 daripada 6.64/6.66 dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.2948/3136 daripada 12.3153/3333.

Unit tempatan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 228.0/228.3 daripada 229.0/229.4 semasa ditutup Jumaat lepas dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1804/1842 daripada 3.1924/1964 sebelumnya.

-- BERNAMA