BERITA TERKINI   Pada separuh pertama 2026, jumlah perdagangan barang kemas meningkat lagi sebanyak 10 peratus kepada RM12.13 bilion - MATRADE | Jumlah perdagangan barang kemas Malaysia melonjak 22.5 peratus kepada RM22.46 bilion pada 2025, didorong pertumbuhan kukuh eksport, import - MATRADE | Pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan pintu masuk negara dibentangkan kepada Jemaah Menteri esok - Saifuddin Nasution | Belanjawan 2027 fokuskan kos sara hidup, kerajaan teruskan reformasi fiskal - Amir Hamzah | Kerajaan mahu PMKS dan syarikat pemula tembusi rantaian nilai global menerusi aspirasi "Made by Malaysia" - Amir Hamzah | 

Belanjawan 2027 Fokus Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Negara, Lindung Rakyat - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negara, melindungi kesejahteraan rakyat dan melaksanakan langkah-langkah meningkatkan kemampanan fiskal, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata Belanjawan 2027 akan mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global dan harapan rakyat yang semakin tinggi terhadap penyampaian kerajaan.

“Kerajaan akan meneruskan komitmen memperkukuh daya saing ekonomi negara dengan menggalakkan pelaburan berkualiti tinggi, meningkatkan produktiviti serta mempercepat pembangunan sektor-sektor strategik yang mampu menjana nilai tambah, pekerjaan berpendapatan tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Ad Banner

“Tumpuan akan terus diberikan kepada sektor seperti semikonduktor, peralihan tenaga, ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) serta kewangan Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di sini hari ini.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner