BERITA TERKINI   Keuntungan bersih AMMB meningkat kepada RM520.22 juta pada S1 2027 daripada RM516.17 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya manakala pendapatan naik kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.29 bilion | Malaysia, Filipina bincang percepat proses penghantaran pulang lebih 1,000 warga Filipina dari empat pusat tahanan di Sabah - Mohamad Hasan  | Platform media sosial setuju turunkan 93 peratus daripada 470,593 kandungan dipohon - Fahmi | Kerugian akibat penipuan dalam talian di Malaysia cecah RM958 juta bagi tempoh Januari hingga Jun - Fahmi | Kerjasama MCMC-Jabatan Imigresen tumpu pembinaan kapasiti, perkongsian risikan, siasatan dan operasi bersama - Saifuddin Nasution | 

Jualan Automotif Meningkat Lima Peratus Kepada 73,615 Unit Pada Julai 2026

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat lima peratus tahun ke tahun kepada 73,615 unit pada Julai 2026 daripada 70,057 unit pada bulan yang sama tahun lepas, didorong terutamanya oleh peningkatan jumlah pengeluaran bulanan dan jualan kenderaan pikap.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memaklumkan jumlah pengeluaran bulanan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 30 bulan, disumbangkan terutamanya oleh model nasional.

Jualan kenderaan penumpang meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada 68,900 unit pada Julai 2026 daripada 64,438 unit setahun sebelumnya, manakala jualan kenderaan perdagangan merosot 16 peratus tahun ke tahun kepada 4,715 unit berbanding 5,619 unit sebelumnya.

Ad Banner

Sementara itu, pengeluaran meningkat lima peratus tahun ke tahun kepada 75,490 unit daripada 71,739 unit sebelumnya.

Pengeluaran kenderaan penumpang meningkat kepada 71,713 unit daripada 67,375 unit pada Julai 2025, manakala pengeluaran kenderaan perdagangan susut kepada 3,777 unit daripada 4,364 unit sebelumnya, katanya.

Bagi Ogos 2026, MAA menjangkakan jualan akan mengekalkan momentum semasa, disokong promosi agresif.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA