BERITA TERKINI   Keuntungan bersih AMMB meningkat kepada RM520.22 juta pada S1 2027 daripada RM516.17 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya manakala pendapatan naik kepada RM1.32 bilion berbanding RM1.29 bilion | 

Hasil Perbendaharaan AS Tinggi, Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada akhir urus niaga Selasa susulan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS).

Pakar Strategi Global Quintex Intel Stephen Innes memberitahu Bernama peningkatan hasil berkenaan bagi jangka pendek sebaliknya hanya mengehadkan momentum kenaikan harga emas pada masa ini.

Ad Banner

Sewaktu pasaran ditutup, kontrak bulan semasa Ogos 2026 susut kepada US$4,393.70 bagi setiap auns troy daripada US$4,402.50 semalam dan September 2026 turun kepada US$4,410.30 setiap auns troy daripada US$4,418.70 sebelum ini.

Kontrak Oktober dan November 2026 masing-masing turun kepada US$4,426.40 bagi setiap auns troy daripada US$4,434.50 manakala Disember 2026 dan Februari 2027 merosot kepada US$4,434.20 setiap auns troy daripada US$4,442.30.

Jumlah dagangan meningkat kepada 182 lot daripada 132 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 256 kontrak daripada 201 kontrak sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,405.80 setiap auns troy menerusi penetapan petang London Bullion Market Association pada 17 Ogos 2026.

-- BERNAMA