BERITA TERKINI   Liga Super: Negeri Sembilan 2-2 Star City | Pendidikan pelaburan adalah kritikal dalam membantu rakyat Malaysia mengelakkan menjadi mangsa penipuan pelaburan - Tan Sri Johan Mahmood Merican | Malaysia akan terus mempunyai ekonomi kukuh dengan asas yang teguh, sekali gus menyediakan landasan bagi peluang pelaburan merentas pasaran modal - Tan Sri Johan Mahmood Merican. | 
Ad Banner

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah pada Selasa.

Kontrak Ogos 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut satu mata kepada 1,724.5 dan 1,704.0, manakala September 2026 turun 0.5 mata kepada 1,704.0 dan Mac 2027 meningkat 1.5 mata kepada 1,686.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 9,608 lot daripada 4,760 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 44,960 kontrak daripada 40,647 kontrak sebelumnya.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.47 mata kepada 1,733.36 berbanding paras 1,725.89 ketika ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner