BERITA TERKINI   Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal sejak Januari 2026 - PM Anwar | Kerajaan alu-alukan ahli akademik menilai, beri kritikan membina terhadap pelaksanaan Rancangan Malaysia, termasuk RMK-13 - Fahmi | 

Lotte Chemical Titan Berkata Belum Ada Pemutus Dari Syarikat Induk Mengenai Penjualan Kepentingan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd hari ini menjelaskan bahawa syarikat induk Korea Selatannya, Lotte Chemical Corporation (LCC), sedang mempertimbangkan pelbagai langkah strategik berhubung syarikat itu, tanpa sebarang keputusan dibuat setakat ini.

Lotte Chemical Titan melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan perkara itu berikutan laporan di Korea Economic Daily bertajuk "Lotte Resumes Sale of Malaysian, Indonesia Petrochemicals Assets." yang diterbitkan pada 17 Ogos 2026 dan "Korean Parent to Dispose Malaysia Listed Lotte Chemical Titan," yang diterbitkan oleh The Edge semalam.

Lotte Chemical Titan berkata terdapat laporan yang serupa oleh media lain mengenai cadangan penjualan kepentingan LCC dalam syarikat itu.

Ad Banner

Syarikat itu akan membuat pengumuman yang diperlukan seperti yang diperlukan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama sekiranya terdapat sebarang perkembangan lanjut.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner