Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, walaupun harga emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan.
Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Oktober 2026 susut kepada US$4,178.40 setiap auns troy berbanding US$4,216.10 sebelumnya, manakala kontrak November 2026 merosot kepada US$4,195.40 daripada US$4,232.80.
Kontrak Disember 2026 berkurang kepada US$4,212.00 setiap auns troy daripada US$4,232.80 sebelumnya, manakala kontrak Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 semuanya menyusut kepada US$4,212.00 berbanding US$4,232.80 sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 161 lot daripada 144 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 228 kontrak berbanding 212 sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,190.05 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 2 Oktober.
-- BERNAMA