BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 1-0 Vietnam | Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | Cadangan keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dipertimbangkan pada 13 Okt ini - Azalina | 

TERAJU Bincang Perkembangan PuTERA35 Semasa Pertemuan Dengan PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Pertemuan antara Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjadi ruang untuk mendapatkan pandangan mengenai keutamaan TERAJU dalam mengetengahkan perkembangan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).

TERAJU yang diketuai ketua pegawai eksekutifnya Junady Nawawi mengadakan kunjungan hormat terhadap Anwar bagi membincangkan peranan dan hala tuju strategik TERAJU susulan pemindahan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Pertemuan ini turut menyentuh mengenai keutamaan TERAJU dalam memperkukuh pembangunan ekonomi Bumiputera,” maklum TERAJU menerusi hantaran di laman media sosialnya hari ini.

Ad Banner

TERAJU menegaskan bahawa ia komited untuk menterjemahkan hala tuju ini kepada pelaksanaan yang berkesan, dengan tumpuan kepada pengukuhan keupayaan perusahaan, peluasan peluang ekonomi dan peningkatan penyertaan Bumiputera dalam sektor bernilai tinggi.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Johan Mahmood Merican.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner