BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 1-0 Vietnam | Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | Cadangan keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dipertimbangkan pada 13 Okt ini - Azalina | 

Nisbah Hutang Statutori Kepada KDNK Pada Kadar 63.9 Peratus - LKAN

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Nisbah hutang statutori kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lepas pada kadar 63.9 peratus, masih berada di bawah had hutang statutori iaitu 65 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026.

Menurut LKAN 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, hutang statutori berjumlah RM1.295 trilion yang terdiri daripada sekuriti kerajaan Malaysia, terbitan pelaburan kerajaan dan bil perbendaharaan Islamik.

"Nisbah ini masih berada di bawah had hutang statutori, iaitu 65 peratus seperti yang ditetapkan dalam Perintah Pinjaman (Tempatan) (had statutori pinjaman) dan pendanaan kerajaan (had statutori wang yang diterima) 2022," menurut laporan itu.

Ad Banner

Laporan itu memaklumkan nisbah hutang statutori kepada KDNK menunjukkan trend peningkatan daripada 2023 iaitu daripada 62 peratus kepada 63.9 peratus.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner