BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah, syabas kepada Harimau Malaya rangkul tempat ketiga saingan Piala ASEAN FIFA 2026 | Piala ASEAN FIFA: Malaysia 1-0 Vietnam | Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | 

Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Mata Wang ASEAN, Rendah Dengan Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan meningkat berbanding sebahagian besar mata wang ASEAN, namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah kebimbangan terhadap kedudukan kewangan awam Perancis selepas pasaran bonnya mencatat jualan ketara, minggu lepas.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.0845/0890 daripada 4.0820/0870 yang dicatatkan pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus meraih momentum susulan sentimen mengelak risiko berterusan ketika kebimbangan terhadap terhadap kedudukan kewangan awam serta pergolakan politik di negara Eropah pada masa ini.

“Mata wang euro merosot ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan pada Isnin susulan laporan media mengenai pengumuman Sepanyol mengadakan pilihan raya mengejut pada 29 November depan.

“Berikutan itu, ringgit setakat ini kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama dunia.

Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.5775/5825 daripada 4.5927/5983 pada Jumaat dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5858/5886 daripada 2.5906/5941.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.4022/4081 daripada 5.3927/3993, sebelum ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ringgit meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.1905/1943 daripada 3.1908/1952 pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.1234/1411 daripada 12.1579/1778.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 227.9/228.3 daripada 228.2/228.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.52/6.53 daripada 6.52/6.54 sebelum ini.

-- BERNAMA